Hampir 20 tahun jual nasi ayam RM1.90, peniaga di Besut dikecam sebab naikkan harga jadi RM3

 

SITUASI ekonomi yang mencabar memaksa para peniaga makanan di seluruh negara menaikkan harga jualan mereka.

Di sebalik peningkatan harga barang saban tahun, sebuah kedai nasi ayam di Besut, Terengganu tetap mengekalkan harga jualan RM1.90 sebungkus.

Baru-baru ini, mereka akhirnya mengalah dengan bebanan ekonomi semasa sehingga terpksa menaikkan harga nasi ayam kepada RM3 sebungkus.

"Hampir 20 tahun kami berniaga nasi ayam RM1.90. Namun dengan ekon0mi sekarang, kami terpaksa naikkan harga nasi ayam menjadi RM3," ujar Suhaida Suu melalui TikTok.

Tambah peniaga itu, dia bagaimanapun sedih mengenangkan sikap segelintir pelanggan yang mengecam perubahan harga tersebut sedangkan ia masih murah berbanding harga di kedai-kedai lain.

"Namun masih ada yang kecam mahal dengan harga RM3 tu. Kadang rasa d0wn nak berniaga. Korang rasa mahal lagi ke harga tu?

Netizen memuji peniaga itu yang dianggap terlalu pemurah dalam situasi ekonomi masa kini.

"Walaupun harga nasi ayam kami RM3, tapi kami amat jaga dan pentingkan kualiti dan kuantiti. Tengoklah nasi pun banyak, ayam pun besar-besar tau.

"Alhamdulillah, tapi masih ada yang memahami dan support kami. Korang yang belum rasa jom singgah Kedai Nasi Ayam RM3 Kuala Besut. InsyaAllah sedap dan puas hati," tulis peniaga itu lagi.

Video tular itu turut menerima banyak komen netizen termasuklah yang meminta peniaga tersebut membuka cawangan baharu di luar Terengganu.

"Bersyukur pada Allah sebab masih ada orang yang jual harga begini.

"Mana nak cari RM3 sekarang? Murah sangat dah tu.

"Murah sangat tu. Teruskan menjual sambil bersedekah," tulis netizen.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post