Ibu dakwa ‘nurse’ cuai, bayi pramatang alami retak tulang kepala akibat terjatuh

Se0rang ibu mendakwa jururawat di sebuah hospital awam berlaku cuai sehingga menyebabkan bayi lelakinya yang berusia dua bulan mengalami perdarahan di bahagian otak dan retak tulang kepala akibat terjatuh.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok beberapa hari laly, akaun @azie864 mendakwa anaknya Mohd Afiq Firdaus terjatuh ketika di bawah jagaan hospital oleh kerana dilahirkan pramatang atau tidak cukup bulan.

Azie meluahkan, dia menanti kepulangan bayinya ke rumah selama dua bulan namun kini terpaksa menunggu lagi selepas pihak hospital memaklumkan tentang perkara tersebut pada 16 Julai lalu.

Ibu dakwa ‘nurse’ cuai
@azie864

16hb7.11.30pm ibu di kejutkan oleh pehak hospital memberi thu bby ibu terjatuh oleh nurse yg x bertanggungjawab telah terjatuh kn bby ibu yg masih kecil yg xckup blun😭.. Skrg bby ibu ada perdarahan di bahagian otak, retak tulang kepale belah kire, ya Allah luluh ati ibu dn papa dgr berita itu, ya Allah aku redha dugaan dn hujian yg ko beri pd kami, dgn segera nye aku lki bini membuat report polis, atas kecederaan pd bby kami, smoga Allah permudahkan segala nye demi ank ibu yg baru nk membesar, ibu tgu kepulangan ank ibu selame 2bln 10hri di wad hri2 ibu doa supaya ank ibu cpt sht dn membesar dgn sht nye, tpi oleh nurse yg cuai buat keje terlah jatuh kn cmtu je ank ibu, dh di jatuh kn tpi xnk mucul kan diri tuk ber jmpe ibu dn papa. Ati ibu xblh time perbuatan dia,, smoga Allah yg tentukan segalanya ibu xsgup kehilangan ank ibu.. 😭😭😢😢

♬ Sayang Sampai Mati - Repvblik

“16 Julai, 11.30 malam.. ibu terkejut apabila pihak hospital beritahu bayi ibu terjatuh oleh jururawat yang tak bertanggungjawab yang telah terjatuhkan kamu yang masih kecil tidak cukup bulan.

“Sekarang bayi ibu ada perdarahan di bahagian otak, retak tulang kepala sebelah kira. Ya Allah luluh hati ibu dan papa dengar berita itu.

“Ibu tunggu kepulangan anak ibu dari wad, hari-hari ibu doa supaya anak ibu cepat sihat tapi jururawat yang cuai buat kerja telah jatuhkan macam tu je.

“Dah dijatuhkan tapi tak nak muncul untuk berjumpa kami. Hati ibu tak boleh terima perbuatan dia, semoga Allah yang tentukan segalanya, ibu tak sanggup kehilangan anak ibu,” dakwanya dalam sebuah hantaran.

Hantaran tersebut memaparkan video anaknya sedang tidur di atas katil sambil dipasangkan wayar perubatan dalam unit rawatan intensif neonatal (NICU).

Sementara itu, lebih mengecewakan apabila dia mendakwa kakitangan hospital tidak mengambil sikap endah berhubung keadaan bayinya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

@azie864

Smlm 18hb7 ibu dn papa dtg melwt bby Afiq, dgn ati xsabar nk thu perkembangan bby ibu, sampi je satu doctor yg merawat ank ibu xde di situ, yg ada doctor biasa kata nye xthu apa2 hal perkembangan bby ibu, tipu sgt dah ddk di stu xthu perkembangan ank ibu mcm mne keadaan bby ibu, kdg doctor2 ni bgi jawapan yg x msuk di akil fikiran, dn semua nurse dkt stu tgk kami suami isteri se mcm saje.. Mcm xde jdi apa2 dkt bby kami, pdhal yg buat ank ibu jdi x sht nurse yg bertugas dkt stu, ye saya thu, saya suami isteri org biasa2 tpi jgn lh buat endah tak endah bend ni, xkn nk ttp mcm tu je psl bby saya jatuh.. Satu berita pn saya suami isteri xdpt thu mcm mne skrg, bby saya dh jatuh kot, nurse yg jatuh kn lasung xnpk batang idung, bend ni klu jdi kat hali kelurga kau, apa kau rase, apa hali kelurga kau rase, tipu klu xde rase marah dgn kecewa bila nurse yg buat lps tangan mcm tu je.. Sekurgnye awk dtg lah jmpe kami, 😭. Kami bkn nk mtk awk melutut di kaki kami, awk dh musnahkan harap bby saya yg dh berjuawang dri lahir dgn berat bdn 900gm nk dpt kn baru 1.52kg awk dh musnahkan semua tu.. Pehak hospital jgn lh buat bodoh saje. . Harap je semua pelajar tinggi tpi xbrani kedpn.. Dah baling batu sebunyi kn tanggan di belakang.. Semoga Allah kuatkn ank ibu mohd Afiq Firdaus..

♬ bunyi asal - user6807232312420

Azie berkata, dia berharap sekurang-kurangnya jururawat yang terbabit tampil memohon maaf selain pihak hospital juga dapat memberikan penjelasan lanjut.

“Semalam (Selasa) ibu dn papa datang melawat Afiq untuk mengetahui perkembangan anak ibu. Sampai je seorang doktor yang merawat anak ibu takde di situ, yang ada doktor biasa katanya tak tahu apa-apa hal perkembangan anak ibu.

“Tipu sangat dah duduk (bertugas) di situ tapi tak tahu. Jururawat tengok kami semacam je, macam takde terjadi apa-apa dekat anak kami.

“Ye saya tahu, kami orang biasa tapi janganlah buat endah tak endah. Takkan nak tutup macam tu je pasal anak saya jatuh. Saya berita pun kami tak dapat tahu keadaannya.

“Jururawat terbabit langsung tak nampak datang hidung. Kalau jadi pada keluarga kau, apa kau rasa? Tipu kalau takde rasa marah dan kecewa bila lepas tangan macam tu je. Sekurangnya datanglah jumpa kami.

“Kami bukan minta melutut di kaki kami. Awak dah musnahkan harapan anak saya yang dah berjuang, lahir dengan berat 900gram, naik 1.52kilogram. Pihak hospital jangan buat bod*h je,” dakwanya lagi.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, video pertama yang meraih hampir 500,000 tontonan itu belum mempunyai sebarang kenyataan rasmi daripada pihak bertanggungjawab.

Sumber: TikTok @azie864 / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post