Semalam, berita mengenai sepuluh sekeluarga dikhuatiri lemas selepas penemuan mayat seorang wanita,Azizah Eiyi, 40 dan anak lelaki, Muhammad Zulqarnain Haikal, 11, menggemparkan penduduk di Kampung Laut, Pasir Gajah dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman.
Berita menyayat hati itu pastinya mendatangkan kesan mendalam buat keluarga mangsa terlibat seperti mana dikongsikan oleh adik Azizah iaitu Syawalluddin Eiyi, 29, sebaik mengetahui kejadian menimpa keluarga kakaknya.
Masih terkejut, moh0n sedekah Al-Fatihah buat keluarga kakak
Syawalluddin berkata, berita mengenai kejdian menimpa keluarga kakaknya sangat mengejutkan dan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Dia bagaimanapun masih berharap agar ahli keluarganya yang masih hilang dalam kejdian terbabit ditemui selamat.
Memetik laporan Sinar Harian, Syawalluddin berkata tujuh anak saudaranya termasuk paling kecil berusia lima tahun turut terlibat dalam tragedi tersebut.
“Kakak saya bersama suami pergi bermalam untuk berkelah ke situ bersama anak dan seorang lagi bakal menantu keluarga kami,”katanya.
Sementara itu, Syawalluddin dalam hantaran di platform TikTok memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah buat kakaknya sekeluarga.
“Sedekahkan al-Fatihah pada keluarga arwah kakak saya.
“Kepada yang mengenali Azizah binti Eiyi sekeluarga, beliau sekeluarga sudah kembali kepada Allah,”titipnya.
Moga keluarga disatukan selepas dilahirkan semula
Syawalluddin juga berharap agar dapat disatukan di ‘alam sana’ sebaik sahaja dilahirkan semula kerana dia sangat menyayangi mereka.
Setakat ini lapan lagi mngsa dikhuatiri masih hilang dalam tragedi kepala air di Kampung Air Putih, di daerah berkenaan pada Ahad.
Sumber: Facebook Syawal Eiyi, TikTok @syawaleiyi, Sinar Harian / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.