Hari ini, Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Mohd Soberi Awang rebah sewaktu menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al Ittihadiyyah, Seksyen 9, Shah Alam.
Rebah semasa beri kuliah Subuh
Beliau yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kemudiannya dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Khabar duka itu dimaklumkan oleh menantunya, Mus’ab Umairi menerusi sebuah hantaran di platform Facebook pada Ahad.
“Hari ini ayah mentua saya, almarhum Ustaz Dr Soberi Awang telah kembali kepada pencipta-Nya. Subuh kami di Cairo dibasahi air mata rindu.
“Alhamdulillah, atas nikmat bersama baba walau cuma sekejap, banyak Umai belajar daripada baba. Moga ALLAH tempatkan baba bersama para syuhada dan solehin,”tulisnya.
Kuliah Subuh bertajuk Kiamat, bumi terlalu uzur
Sementara itu, hantaran dibuat oleh Mohamed Hadi AH di platform Facebook menyatakan Allahyarham Ustaz Dr Soberi Awang pada ketika itu sedang menyampaikan sebuah kuliah bertajuk kiamat dan sempat mengupas mengenai usia bumi kian uzur.
Katanya lagi, arwah sempat memohon maaf selain menyatakan dirinya sudah lima hari mengalami sakit dada.
“Almarhum membawa tajuk hari kiamat dan beliau sempat mengupas bahawa bumi ini sudah terlalu uzur dan perjalann kita sesudah mati pun masih terlalu jauh untuk menunggu di Padang Mahsyar nanti.
“Di penghujung kuliah beliau yang terhenti selepas 20 minit, beliau sempat meminta maaf kerana sakit dada sudah lima hari (sambil menekan dadanya) dan sempat meneguk air,”ujarnya.
Katanya lagi, almarhum sempat menitipkan kalimah terakhir iaitu “Allah subhanahu wa ta’ala…” sebelum tidak sedarkan diri dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sumber: FB Mohamed Hadi AH, Mus’ab Umairi / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.