Luka putus tunang belum sembuh, ibu pula dijemput Ilahi 3 bulan kemudian... Jejaka ubat jiwa kosong dengan 36 ekor kucing

 

PUTUS tunang sememangnya menyakitkan, hubungan yang terjalin tidak sempat ke jenjang pelamin.

Bagi seorang pemuda, ujian putus tunang tidak seberat apa yang dilaluinya selepas itu.

"Perginya yang tak akan pernah berganti. Setiap nafas setiap saat akan merinduinya. Al-Fatihah buat bidadari syurgaku," tulisnya menerusi video yang dimuat naiknya di TikTok.

@yugicafe Replying to @HidayahRafida Perginya yang takkan pernah berganti….setiap nafas setiap saat akan merinduinya… Al Fatihah buat bidadari syurgaku😥😥… #mak#anakibu#fyp#fypppppppppppppp #breakup#cats#motivation#sadness ♬ Andmesh_kamaleng-hanya_rindu (Cover) - Urwa afifah

Menjaga arwah ibu di hospital.

Berkongsi cerita kepada mStar, Mohd Fuazi Sulaiman berkata, dia bertunang dengan seorang gadis pada Julai 2018 tetapi ikatan itu putus akhir Jun 2020.

Mesra disapa AG Sulaiman, katanya, belum reda dengan kesedihan impian untuk berkahwin tidak kesampaian, ibunya pula dijemput Ilahi tiga bulan selepas itu.

"Mak meninggal dunia pada 7 Oktober tahun sama akibat kanser hati tahap empat. Masa bertunang, mak masih sihat untuk menyempurnakan majlis.

"Tapi selepas itu mak sering keluar masuk hospital menerima rawatan. Apabila mak dah tak ada, saya rasa kosong dan terus jadi down," katanya ketika dihubungi mStar.

Bisnes kek terjejas akibat PKP.

Pemuda berusia 33 tahun itu berkata, dugaannya bertambah dengan bisnes makanan yang diusahakannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

"Dalam tempoh beberapa bulan, dugaan datang bertimpa-timpa. Tapi yang saya paling terkesan apabila kehilangan mak tersayang, saya jadi kosong.

"Sebab mak yang menjadi tempat saya mencurahkan kasih sayang. Mak juga merupakan tempat saya mengadu dalam banyak hal," ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.

AG Sulaiman membela kucing untuk menggembirakan diri.

Menurut anak keenam daripada lapan beradik itu, dia berkesempatan untuk menjaga arwah ibunya sehingga saat dia menghembuskan nafas terakhir.

"Saya jaga mak dan kebanyakan masa hanya kami berdua. Selepas mak meninggal dunia, saya rasa sunyi dan keseorangan.

Apabila putus tunang, mak meninggal dunia dan bisnes terjejas, saya healing dengan bela kucing.

MOHD FUAZI SULAIMAN

"Saya cuba menggembirakan diri dengan beli seekor kucing. Apabila dah bela kucing, kehidupan saya mula berubah menjadi lebih rajin sebab kita kena bersihkan kucing dan tempat sekitar.

"Lima bulan pertama, saya beli 12 ekor kucing. Dan sekarang saya memiliki 36 ekor kucing termasuk yang beli dan beranak-pinak," tambahnya.

AG Sulaiman membuka kafe dengan bantuan rakan-rakan.

AG Sulaiman berkata, bisnes keknya kembali berkembang selepas berakhirnya PKP dan dari bisnes dari rumah, dia membuka sebuah kafe di Kota Damansara.

"Semakin banyak kucing, semakin banyak komitmen. Saya perlu berusaha lebih dengan melakukan dua, tiga kerja seperti menjual baju online dan di bazar.

"Alhamdulillah, selain kerja lebih, saya juga ada rakan-rakan yang membantu. Rezeki saya bukan dari duit yang yang banyak, tapi hadirnya rakan-rakan memberi sokongan," ujarnya.

AG Sulaiman (kiri) merindui arwah ibu.

Jelas AG Sulaiman, kafe kek dan bakeri yang beroperasi sejak Mac lalu turut menempatkan kira-kira 23 ekor kucingnya untuk tarikan pelanggan dan pencinta haiwan itu.

"Apabila putus tunang, mak meninggal dunia dan bisnes terjejas, saya healing dengan bela kucing. Dan saya mahu juga kafe ini dijadikan tempat untuk sesiapa mencari ketenangan.

"Saya masih bujang dan kini hidup bersama kucing-kucing. Cuma saya terkilan mak tak sempat lihat saya berkahwin dan rasa pelbagai jenis kek yang saya buat seperti sekarang.

"Bukan mudah untuk hilangkan kesedihan apabila kehilangan orang tersayang terutama mak. Saya ingat pesan arwah mak, kalau ada ujian, jangan down, lakukan sesuatu untuk mengembalikan semangat kita," katanya lagi. 

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post