Lumpuh sebab kecuaian hospital, kanak-kanak menang saman RM5 juta

 


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin mengarahkan sebuah h0spital awam membayar lebih RM5 juta atas dakwaan kecuaian yang menyebabkan se0rang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun lumpuh.

Menurut lap0ran BH Online, Nur Adeena Mohd Syahmir yang dilahirkan secara pembedahan mengaIami kecederaan saraf tunjang, susulan k0mplikasi pembedahan sekali gus mengakibatkan lumpuh dari leher ke bawah.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, dokt0r pakar menerangkan bahawa berdasarkan keadaan, Nur Adeena berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun, justeru mngsa layak mendapatkan pampasan secukupnya.

“Tiada jumlah wang yang b0leh mengurangkan kesa.kitan dan penderitaan kanak-kanak itu. Oleh itu, mahkamah hanya boleh memberikan jumlah mencerminkan kerugian dialami serta jumlah itu tidak boleh terlalu tinggi sebaliknya munasabah.

“Mahkamah juga berpandangan jumlah ganti rugi diberikan mesti mengimbangi sebaik mungkin perbelanjaan tambahan yang akan ditanggung penjaga plaintif (kanak-kanak itu),” kata Akhtar.

Untuk rek0d, h0spital tersebut pernah melakukan siasatan sebelum mendapati pegawai perubatan bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan selain ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.

Kemudian, mngsa selaku plaintif melalui bapanya Mohd Syahmir Mohd Kamal menfailkan saman terhadap kerajaan dan doktor terbabit atas dakwaan cuai serta gagal bertindak demi kepentingan mngsa.

Menerusi pemerhatian di laman Facebook, akaun dipercayai milik ibu Nur Adeena iaitu Nurul Khairiyah ada memuat naik beberapa hantaran dari tahun 2020 hingga 2021 berhubung kesa.kitan dialami oleh mngsa.

Sumber: BH Online (Faris Fuad), Facebook Nurul Khairiyah / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post