Noh Salleh akui hidup sukar lepas bercerai, sempat berebut hak jagaan anak



Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh memaklumkan yang kehidupannya agak sukar selepas bercerai dengan selebriti, Mizz Nina tahun lalu.

Lagu ‘Manusia’ dekat dengan kehidupan

Hal tersebut diutarakan Noh menerusi temu bual di Instagram Pophariini apabila ditanya berkenaan lima lagu band Indonesia kegemarannya.


Perkara tersebut dinyatakan Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh selepas mengulas lagu dendangan David Bayu, bertajuk  Manusia yang diakui begitu dekat dengan kehidupannya.

Sempat berebut hak jagaan anak

Ujar penyanyi itu, dalam tempoh beberapa bulan selepas bercerai, dia juga sempat berebut hak penjagaan anak angkat mereka iaitu Musa dengan bekas isteri.

“Lagu Manusia (nyanyian David Bayu) benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.
“Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” ujarnya.


Untuk rekod, Noh Salleh telah berpisah dengan Mizz Nina pada Ogos 2022. Walau bagaimanapun, pada Mac tahun yang sama, mereka telah mengambil seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri.

Noh telahpun mengikat tali pertunangan dengan seorang peguam dan dijangka mendirikan rumah tangga pada September nanti. Manakala, Mizz Nina pula sudah sah bergelar isteri kepada seorang penyanyi rap kelahiran Magribi.

Sumber: Instagram Pophariini / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post