Nora Danish sertai majlis ilmu, s0pan pakai jubah & tudung pemberian arwh Siti Sarah

 


Pelakon Nora Danish mencuri tumpuan pengikut di laman Instagram selepas tampil s0pan mengenakan jubah dan tudung ketika menghadiri sebuah majlis ilmu di kediaman rakan artis, Betty Rahmad semalam.

Menerusi satu hantaran, Nora berkata, persalinan berwarna ‘cream’ yang digayakan itu adalah pemberian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan sudah berniat untuk memakainya bagi majlis ilmu tersebut.

Pemberian arwh Siti Sarah

“Jubah dan tudung pemberian arwah Siti Sarah. Memang niat nak pakai untuk majlis ilmu hari ni. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

“Mari kita sedekah al-Fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua yang telah pergi meningggalkan kita,” tulis pelakon berusia 41 tahun itu.

Hantaran berkenaan memaparkan beberapa keping gambar Nora bersama tetamu lain selain turut mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar yang dikenali sebagai Ustazah Jiha kerana berkongsi ilmu serta d0a.

“Terima kasih mu (Betty) atas jemputan ini dan terima kasih tau sebab selalu ingat kat ku. Terima kasih juga pada Ustazah Jiha di atas segala ilmu dan doa.

“Setiap kata2 masya-Allah sampai di hati, air mata tak berhenti mengalir. Semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmatiNya,” kata Nora.

Menjengah di ruangan k0men, ramai menyifatkan pelak0n filem Polis Evo itu beruntung kerana mempunyai rakan yang tidak jemu mengajak ke arah kebaikan.

Selain itu, terdapat juga individu memuji penampilan Nora yang sejuk mata memandang selain berharap dia akan terbuka hati untuk menutup aurat satu hari nanti.





Sumber: Instagram Nora Danish / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post