Rezeki mencurah-curah, Namie tak menyesal tinggalkan kerjaya guru!

Pelawak, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 27, meluahkan rasa syukur kerana sentiasa dilimpahkan dengan rezeki anak seni hiburan meskipun sudah setahun meninggaIkan kerjaya sebagai se0rang pendidik.

Memetik lap0ran mStar, Namie mendedahkan dirinya banyak menerima tawaran kerja dalam bidang seni selepas mengambil keputusan serius untuk meninggaIkan bidang perguruan.

“Apa yang saya katakan Allah beri saya rezeki dalam setahun ini, setiap hari ada j0b.

“Alhamdulillah, saya pun tak tahu apa kebaikan yang saya telah buat sampai banyak rezeki diberi,”ujarnya.

Katanya lagi, keputusan meninggaIkan kerjaya yang dimuliakan oleh orang ramai itu adalah keputusan yang tepat dan dia kini b0leh memberikan sepenuh perhatian dalam menggembangkan karier seni.

Pun begitu, Namie turut memberi peringatan kepada diri sendiri bahawa di sebalik rezeki yang datang itu juga boleh dijadikan sebagai ujian.

“Bagi saya, keputusan yang saya buat ini satu berani mati juga, tapi rahsia Allah itu saya tak tahu.

“Tapi, inilah ketentuan Allah, lagi pun keputusan yang saya buat ini bukannya saya fikir sehari dua tapi sudah bertahun-tahun. Sewaktu saya belum kahwin lagi.. bila dah saya kahwin, saya bincang dengan isteri. Dia yang memahani,

“Tapi bagi saya, rezeki kadang b0leh jadi ujian buat kita juga… sama ada buat kita lupa diri atau lain-lain,”katanya lagi.

Tambah Namie, apa yang membuatkan dirinya sedikit janggal adalah layanan daripada segelitir manusia yang dulunya cuma biasa-biasa sahaja, kini makin rapat se0lah-0lah sudah lama berkenalan.

Akan tetapi, ia bukanIah satu halangan buat dirinya untuk terus memberi layanan bagi mengelakkan diri digelar ‘s0mbong’.

Terdahulu, pada September 2022, Namie mengumumkan dirinya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru.

Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin) / ohmymedia.cc

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post