Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya cedera selepas bas henti-henti yang dinaiki mereka terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah lori tangki di Bandar Chaah, Segamat, pada pagi Sabtu.
Tak patuh lampu isyarat
Foto: Harian Metro |
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan yang telah menyebabkan kematian kanak-kanak bernama Iswaran Muniandi, 10, adalah berpunca daripada kesalahan dilakukan pemandu lori tangki yang tidak mematuhi lampu isyarat.
Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang datang dari arah Segamat menghala ke arah Johor Bahru.
Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu lori tangki itu dipercayai tidak mematuhi isyarat merah mengakibatkan pelanggaran di bahagian sebelah kanan bas yang menghala keluar dari simpang empat di bandar Chaah ke arah Segamat.
Dalam kemalangan itu, penumpang bas yang juga kanak-kanak lelaki dikenali Iswaran Muniandi, 10, maut akibat kecederaan di kepala.
Tambah Zamry lagi, pemandu lori tangki turut mengalami kecederaan parah di kepala dan sedang menerima rawatan di bahagian kecemasan Hospital Daerah Segamat (HDS).
Pemandu bas berusia 59 tahun turut mengalami kecederaan parah di kepala dan badan serta dirawat di HDS bersama dua penumpang wanita berusia 23 dan 49 tahun.
Kedua-dua penumpang wanita itu difahamkan mengalami kecederaan patah kaki yang mana salah seorangnya adalah ibu kepada Iswaran.
Tak sangka anak meninggal naik bas
Dalam pada itu, bapa kepada Iswaran, Muniyandi Andy memaklumkan bahawa anak dan isterinya menaiki bas berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Segamat setelah melawat saudara mereka yang tinggal di Bekok.
Muniyandi berkata, dia yang pada awalnya melarang isteri dan anaknya itu untuk menunggang motosikal tidak menyangka anaknya itu akan pergi buat selama-lamanya kerana menaiki bas.
Saya larang anak dan isteri naik motosikal bersama ke Bekok kerana berasa kurang selamat, namun tak sangka anak maut dalam bas dinaiki.
Tidak sangka kejadian ini menyebabkan saya kehilangan anak sekelip mata, saya serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, Iswaran disahkan maut selepas terlibat dalam nahas yang berlaku pada kira-kira jam 7.10 pagi ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik Kementerian Kesihatan (KKM) berhampiran.
Mayat Iswaran kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro / ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.