SELEPAS seminggu melahirkan cahaya mata pertama, penyanyi Wany Hasrita akhirnya mendedahkan nama bayi perempuannya itu.
Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, dan suami Mohd Al-Adib Fahmi Harun sepakat memilih nama Aishah Al Iman buat puteri sulung mereka itu.
"Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi genap tujuh hari dah... Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, itu pun ibu (Wany) dah sebak.
Wany kini bergelar seorang ibu.
"Ibu rakam banyak gambar sebelum dia cukur tadi, padahal nanti rumbut tumbuh saja semula," katanya.
Wany berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Sabtu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Canggung ini juga memohon peminat untuk mendoakan agar Aishah menjadi anak solehah dan berbudi pekerti.
"Uncle dan aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya dan baik budi pekerti akhlaknya ya," ujarnya.
Wany bagaimanapun memaklumkan dia dan suami tidak melakukan majlis cukur jambul buat anak mereka dan hanya memuat naik foto sewaktu keluar daripada wad hospital selepas melahirkan.
Wany dan suami juga memberitahu mereja akan berkongsi wajah bayi itu apabila tiba masa yang sesuai.
Anak menjadi pengikat kasih sayang Wany dan suami.
Pada 8 Julai lalu, Wany selamat melahirkan bayi pertama secara normal pada pukul 7.14 petang.
Kata Wany, dia berharap agar anak sulungnya itu menjadi pengikat kasih sayang antara dia dan suami.
Untuk rekod, Wany dan Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.