Semua tak pakai helmet, tiga sekawan naik satu mot0r maut digilis empat kereta



Tiga sekawan dilaporkan maut apabila motosikal yang mereka tunggangi  terbabas lalu digilis empat buah kereta yang tidak dapat mengelak di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Pasaraya Kipmall Tampoi.

Tiga maut kena gilis

Memetik laporan dari Utusan, tiga individu tersebut didapati tidak memakai topi keledar dan kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.55 pagi Khamis.

Difahamkan, dua daripada tiga yang maut itu telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi menghembuskan nafas yang terakhir ketika  tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Empat kenderaan gagal mengelak

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Skudai.

Namun, ketika di lokasi kejadian, motosikal yang mereka naiki terbabas dan digilis empat buah kenderaan kerana gagal mengelak.

“Identiti kesemua mangsa yang dianggar berusia dalam lingkungan 30-an belum dapat mengesahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa,” katanya.

Buat masa ini pihak berkuasa masih lagi menunggu laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa sebelum memastikan sama ada mereka dalam keadaan mabuk ataupun tidak sewaktu menunggang motosikal.

Walau bagaimanapun, pemandu untuk empat kenderaan yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Balveer Singh juga memaklumkan yang kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Facebook Info Jenayah, Kemalangan Terkini di Malaysia, Utusan Malaysia (Mohamed Faizal Hashim) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post