Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan anak lelaki keduanya pada 11 Julai 2023 (kelmarin) jam 10.45 malam.
Perkara gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Neelofa menerusi IG storynya yang memaklumkan putera kesayangannya itu kini dalam keadaan baik.
Dalam hantaran itu juga, isteri kepada pendakwah bebas iaitu Haris Ismail turut berharap agar kehadiran puteranya itu membawa keberkatan dalam keluarga serta menjadi manusia yang berguna kelak.
“Alhamdulilah rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua, berguna kepada gama, keluarga, nusa dan bangsa,” ujarnya.
Dalam pada itu, Neelofa sempat meminta kepada orang ramai supaya mendoakan anaknya membesar dengan baik dan cerdas selain diberi kesihatan serta umur yang panjang.
Dia dan suami berharap dapat menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya untuk menjadi seorang insan yang baik.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya, insya-Allah,” coretnya lagi.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Setahun selepas perkahwinan mereka telah dikurniakan anak pertama lelaki yang bernama Muhammad Bilal.
Sumber: Instagram @Neelofa / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.