Tegur rakan sebar video lucah, ketua kelas ditendang kepala hingga lumpuh

 


Se0rang pelajar sekolah tidak dapat menggerakkan anggota badan selepas dipercayai ditendang oleh rakannya di belakang kepala sewaktu di asrama.

Memetik laporan dari Sinar Harian merujuk kepada perkongsian seorang ibu di Facebook, dia telah mendapat perkhabaran bahawa anaknya ditendang dipercayai kerana menegur tindakan rakannya yang menyebarkan video lucah di kumpulan WhatsApp sekolah.

“Mimpi buruk bagi seorang ibu apabila menerima berita yang paling ditakutkan.

“Bermula dengan panggilan daripada warden asrama menyatakan anak jadi paralyzed tak dapat menggerakkan badan kerana ada budak telah menendang kepalanya.

“Bilamana dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya Allah saja yang tahu isi hati seorang ibu,” tulis ibunya.

Ketua kelas kena tendang curi

Ujar wanita itu lagi, anaknya yang merupakan seorang ketua kelas hanya menegur tindakan rakannya namun dibalas dengan tendangan secara curi di bahagian belakang kepala sehingga menyebabkan kelumpuhan.

“Hanya bermula apabila fikry sebagai ketua kelas menegur kawan sekelasnya yang menyebarkan video lucah ke dalam group Whatsapp sekolah, lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala (tendang secara curi)

“Mujur Allah pelihara fikry, doktor kata kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama. Syukur Allah pelihara,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, ibu pelajar berkenaan lega dan bersyukur kerana doktor memaklumkan yang tendangan tersebut tidak mengenai bahagian sensitif yang boleh mengakibatkan kecederaan lebih parah.

Setakat ini, dia memaklumkan perkembangan anaknya berjalan dengan baik apabila sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki.

Namun, ujian Pengimejan resonans magnetik (MRI) akan dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

Dia juga mengatakan laporan polis telah pun dibuat dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan anaknya daripada sebarang kemudaratan.

Sumber: Sinar Harian (Nilam Nor Atikah Oshman), Facebook Malik ElFikri / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post