Tidak Mampu Untuk Bagi Wang Saku, Anak Terpaksa Ponteng Sekolah

 


Setiap daripada kita pasti mempunyai ujian hidup yang tersendiri. Kadang-kadang diuji dengan masalah kewangan, masalah kekeluargaan dan sebagainya. Begitu juga dengan sebuah keluarga yang berasal daripada Kampung Berhala Lima, Limbat.

Diuji dengan masalah kemiskinan

Keluarga tersebut telah diuji dengan masalah kemiskinan sehingga anak-anak mereka terpaksa ponteng sekolah kerana tidak mampu untuk menyediakan wang saku. Suaminya bekerja tidak tetap iaitu mengambil upah mengecat rumah dengan pendapatan lebih kurang RM50 sehari dan isterinya juga bekerja tidak tetap sebagai tukang cuci dengan pendapatan RM60 sehari.

Tidak dapat kesekolah kerana tidak dapat berikan wang saku

Anak sulung mereka yang sedang berada disekolah menengah dan anak keduanya yang sedang berada disekolah rendah dikatakan tidak dapat kesekolah kerana mereka tidak dapat memberikan wang saku.  Walaupun anaknya memperolah rancangan makanan tambahan (RMT) tetapi mereka tidak dapat menahan lapar kerana mereka mempunyai kelas fardhu ain pada waktu petang.

Mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Keluarga tersebut memberitahu bahawa mereka mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM700 sebulan. Namun, menurut mereka wang tersebut tidak mencukupi kerana dia perlu membeli susu dan pampers anak-anak mereka yang masih kecil. Kelurga tersebut juga memberitahu bahawa sekarang mereka tinggal ditaman perumahan terbengkalai dan kemungkinan mereka terpaksa berpindah kerumah kosong yang juga terbengkalai kerana rumah tersebut telah dibeli orang.

Kredit: Portal Sinar harian / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post