Wanita Bahagia Setahun 2X Czer, Tanggal Lahir Bayi Ke-2 Sama Macam Anak Sulung



Ada sebab mengapa doktor sarankan para wanita menjarakkan kehamilan tambah pula yang pernah melahirkan secara czer. Sebelum bersedia untuk kandungan kedua, bekas operation pertama haruslah sembuh dahulu. Si ibu juga perlu menyiapkan bekalan emosi untuk menguruskan 2 anak kecil sekaligus termasuklah komitmen menyusu badan.

Kita cuba fikir positif dulu, anak sulung masih kecil

Namun andai sudah dikatakan rezeki, siapalah kita mahu menolak pemberian Allah? Itulah anugerah terindah yang dirasai oleh seorang wanita ini. Baru berusia 4 bulan, anak sulungnya tiba-tiba enggan lagi menerima susu badan. Si ibu pula sudah lambat datang bulan dan mula tidak sedap hati sekiranya disahkan hamil lagi. Tapi dia dan suami saat itu masih cuba berfikiran positif.

Anak sulung terbiasa tidur sendiri, tak perlu ‘nenen’ lagi

Setelah melakukan ujian air kencing, wanita ini sah sedang hamil 2 minggu. Walaupun sempat merasa down, dia tetap meraikan berita gembira tersebut dan tenang membawa kandungan kedua. Di usia 5 bulan, bayi sulung sudah putus susu sepenuhnya dan perlu diganti dengan sumber makanan nutrisi lain. Seakan-akan faham dirinya bakal menjadi seorang abang, dia mula pandai tidur seorang diri tanpa perlu ditemani ibu di sisi.

Anak pertama 27 Jun 2022….Anak kedua 27 Julai 2023

Harinya tiba, wanita ini selamat melahirkan anak kedua beberapa hari lalu yang juga berjantina lelaki. Ajaib sekali, tarikh lahir hadapan bayi berkenaan sama dengan abangnya iaitu pada tanggal 27. Meskipun 2 kali menjalani kaedah czer dalam masa setahun, dia bersyukur dengan nikmat pemberian Allah. Apalagi kini sudah mempunyai 3 lelaki yang akan melindungi dirinya kelak.

KREDIT : TikTok Bunda Ubayy / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post