PENYANYI Wany Hasrita selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan pada petang Sabtu.
Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, berkongsi khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.
"Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal.
Wany bersalin secara normal.
"Terima kasih pada semua yang mendoakan kami," katanya.
Menerusi perkongsian itu, Wany turut berkongsi gambar anak perempuannya yang sedang mengenggam tangannya.
Dalam pada itu, Wany juga berharap agar anak sulungnya menjadi pengikat kasih sayang antara dia dan suami iaitu Muhd Al-Adib Fahmi Harun, 31.
"Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu dan bapak.
"Membesar dgn sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu lebiu," tulisnya.
Sebelum ini Wany memaklumkan bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya itu di Kuala Lumpur.
Suami dan Wany dedah anak bila sudah bersedia.
Malah dia dan suami akan berkongsi wajah anak mereka apabila tiba waktu sesuai nanti.
Untuk rekod, Wany dan suami mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.