Ibu kepada mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam hari ini meluahkan sebak dan masih segar dalam ingatan mengenai kata-kata terakhir anaknya yang juga juruterbang, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42.
“Adik sayang mama sangat-sangat”,”ujarnya.
Memetik laporan Utusan Online, ibu mangsa, Mahanon Ismail, 67 mendedahkan anak bongsu daripada dua beradik itu ada menghubungi dirinya sebelum menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Jun lalu.
“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.
“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’ dan saya tidak dapat melupakannya sehingga saat ini ,” katanya sebak ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Katanya lagi, Allahyarham merupakan seorang anak yang manja dan pastinya kehilangannya akan dirindui oleh ahli keluarga.
Sementara itu, Mahanom sekeluarga memaklumkan mereka akan berbincang mengenai pengurusan pengebumian jenazah Shahrul Kamal yang merupakan antara 10 mangsa nahas
Ujarnya, pengebumian berkemungkinan akan dilakukan di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam.
Untuk makluman, Allahyarham Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia 12 hingga tiga tahun.
Sumber: Utusan Online (Iskandar Shah Mohamed), Instagram @bernamaofficial / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.