Ain Edruce akui jadikan keluarga sebagai konten -“Semua itu rezeki”


Pelakon dan pengacara, Ain Edruce mengakui menjadikan keluarganya iaitu suami dan anak perempuan, Soraya Muhammad Amirul Hafiz Mustaffa sebagai konten untuk dimuat naik di media sosial.

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga menganggap ia sebagai rezeki untuk berkongsi bersama.

Keluarga sebagai konten

Pemilik nama Nurul Ain Edruce, 32, berkata semua yang dilakukannya itu bukannya untuk orang lain, sebaliknya untuk mereka juga.

“Mengenai bawa keluarga sekali dalam video, saya memang tidak nafikan. Selagi boleh guna tu, masukkan saja semuanya! Dengan suami, dengan anak.

“Malah, jika ada anak kedua nanti, pun saya akan gunakan juga sebagai konten. Bukan apa, semua itu rezeki. Bukan untuk orang lain, buat mereka juga,”katanya.

Dah jadi ‘content creator’, Ain Edruce masih dalam industri hiburan

Sementara itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela mengatakan dirinya tidak mempunyai hasrat untuk meninggalkan dunia hiburan biarpun sudah aktif sebagai ‘content creator’.

Ain berkata, dirinya sedar kerjayanya bermula dengan industri hiburan yang banyak memberi ruang unutk menjadi anak seni walaupun mengakui kepentingan media sosial.

“Sosial media ni kalau anda semua hendak tahu memang boleh buat duit. Tak adalah, jangan beritahu orang nanti orang ambil kerja kita pula.

“Dan pasal sosial media itu, benar sekarang memang saya banyak buat untuk sosial media tapi tidaklah sehingga tinggalkan industri televisyen ke industri hiburan.

“Apatah lagi, saya menyedari kepentingan bidang seni. Saya pun sedar diri bermula pun dari industri hiburan daripada televisyen semua,”katanya lagi.

Ain yang juga pengacara Melodi berkata, dirinya akan memberi fokus dan komitmen terhadap kerjaya seni terlebih dahulu sebelum media sosial.

Jelas Ain, dia mahu dikenali sebagai anak seni serba boleh selain harus bijak membahagikan masa.

“Jadi jika ada komitmen atau tawaran saya lunaskan tanggungjawab tetapi jika tiada, saya akan fokus kepada media sosial. Begitu pendekatan yang saya ambil,”ujarnya.


Sumber: Harian Metro (Zaara Talita), Instagram Ain Edruce / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post