Akibat jangkitan kuman, guru wanita ditemukan meninggal dunia di rumah


AKIBAT jangkitan kuman, seorang guru wanita maut di rumahnya di sebuah sekolah menengah di Gua Musang, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira 8.40 pagi, rakan wanita itu menemui mangsa berusia 43 tahun yang tinggal sendirian dan belum berkahwin dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumahnya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa yang tinggal di tingkat empat kuarters guru mula mengajar di sekolah berkenaan pada Januari tahun lalu.

Menurutnya, kejadian disedari apabila seorang guru pergi ke rumah mangsa kerana dia tidak hadir bertugas.

"Apabila sampai di rumah mangsa, pengadu mengetuk pintu dan memberi salam, namun tiada jawapan.

"Pengadu meminta bantuan daripada seorang lagi guru wanita untuk membuka pintu rumah mangsa dengan kunci pendua.

"Selepas berjaya membuka pintu rumah, mereka mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang di ruang tamu," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

"Punca kematian mangsa disebabkan 'Sepsis Secondary to Necrotizing Fascilitis' atau jangkitan kuman yang teruk.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post