“INGATKAN dalam drama TV saja, rupanya di dunia nyata pun betul-betul ada!”
Itulah perkara pertama terlintas di fikiran seorang pemandu e-hailing selepas mendengar luahan hati penumpang wanita yang mendakwa diabaikan anak-anak.
Kata pemandu dikenali sebagai Mohd Nazryn itu, penumpangnya yang merupakan seorang wanita berusia merupakan ibu tunggal yang memiliki 12 orang zuriat.
"Ceritanya, makcik ni naik kereta saya. Semasa dalam perjalanan, kami pun borak-borak kosong.
"Makcik ni ada 12 orang anak. Kesemuanya sudah pun berumah tangga dan masing-masing dengan kehidupan mereka. Kebanyakan anak-anaknya semua jauh-jauh, tinggal la si makcik dengan cucu-cucunya yang terdekat sahaja," katanya.
Wanita ini merupakan seorang ibu tunggal.
Perbualan antara Nazryn dan wanita itu menjadi semakin beremosi apabila menyentuh mengenai sikap anak-anaknya.
"Dalam 12 orang anak tu ada tiga orang yang tidak lagi mahu menegur ibu sendiri. Ibarat tiga orang anak tu menganggap ibu mereka sudah tidak wujud lagi," imbas Nazryn.
Menurut lelaki itu lagi, saban tahun dia menunggu kepulangan anak-anaknya namun hanya berakhir dengan tangisan air mata sahaja.
"Bukan makcik nak minta duit dengan mereka. Makcik cuma nak dengar khabar mereka saja. Sampaikan mereka sanggup tukar kad sim supaya tak dapat hubungi mereka lagi.
"Biarpun mereka buat makcik macam ni, makcik sentiasa doakan yang terbaik untuk semua anak-anak. Semoga suatu hari nanti makcik dapat berkumpul semula dengan mereka.
"Makcik rindu sangat dekat anak-anak," luah makcik tersebut seperti yang diceritakan semula Nazryn menerusi hantarannya di Facebook.
Sayangilah kedua orang tua anda terutama sekali ibu kita. Sibuk mana pun kita, sekali-sekala jenguklah orang tua selagi mereka masih ada.
MOHD NAZRYN
Perkongsian itu dimuat naik semula di Facebook Penang Kini.
Dalam pada itu, pemandu berkenaan turut menegaskan tujuan dia menceritakan kisah berkenaan bukan untuk membuka aib sesiapa sebaliknya untuk dijadikan ikhtibar bersama.
“Sayangilah kedua orang tua anda terutama sekali ibu kita. Sibuk mana pun kita, sekali-sekala jenguklah orang tua selagi mereka masih ada.
"Mereka pasti menanti kehadiran anak-anaknya,” pesan pemandu itu untuk semua secara umum.
Komen netizen pada hantaran tular di Facebook.
Rata-rata netizen turut bersedih mengetahui nasib yang menimpa ibu tunggal itu.
"Sedihnya... anak-anak tergamak buat macam tu dekat mak sendiri.
"Harta tak ternilai adalah seorang ibu. Hargailah mereka selagi ada.
"Apa pun yang berlaku sebelumnya, kita sebagai anak tak ada hak nak berperangai sebegitu. Tanpa ibu tiada kita di dunia ni," komen netizen.
Sumber : mStar
Apa pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.