RAKAMAN video yang menunjukkan bahagian belakang badan seorang kanak-kanak lelaki dipenuhi kesan lepuh, meruntun hati warga maya.
Dia yang menangis ketakutan turut menahan sakit dipercayai kesan penderaan ibu kandung dan teman serumahnya seorang wanita berperwatakan lelaki (pengkid).
Menerusi rakaman video tular itu, rumah yang terletak di kawasan perumahan Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor itu pada awalnya diserbu beberapa jiran.
Kesemua mereka meminta mangsa dipanggil keluar untuk melihat keadaan semasanya.
"Mana anak kau? Bawa keluar anak kau sekarang. Kau buat apa dengan anak kau ni?
"Astaghfirullahalazim... Kau ada otak ke tak ada otak? Ini kes dera b***h," kata salah seorang jiran.
Bagaimanapun, kedua-dua wanita berkenaan juga dilihat menangis teresak-esak apabila jiran-jiran mula menyelak bahagian belakang baju budak lelaki itu untuk memeriksa bukti penderaan.
Lebih mendatangkan kemarahan penduduk, mereka mendapati belakang badan kanak-kanak tersebut mengalami luka yang teruk dipercayai akibat didera.
Kesan dera di bahagian belakang kanak-kanak lelaki terbabit.
Daripada kesan luka itu ada kemungkinan budak malang itu didera dengan kesan cucuhan api rokok atau seterika panas.
Situasi itu mendatangkan kemarahan jiran sekeliling yang difahamkan segera bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Berdasarkan ciapan daripada seorang pelayar Twitter, kejadian berlaku di Pasir Gudang melibatkan ibu mangsa dan pengkid tersebut.
"Macam ni sekali kau dera anak kau! Mak bapa jenis apa ni? Apabila dah kantoi dengan jiran tetangga, baru menangis menyesal tak sudah.
Antara reaksi warga maya.
"Info Tambahan, kejadian berlaku di Pasir Gudang Johor..." ciapnya.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya memberikan pandangan negatif terhadap ibu mangsa.
"Luluh hati tengok anak kena teruk macam tu pun tetap nangis nak berpisah dengan mak ayah macam ni. Budak mana tahu didera.
"Apalah dosa budak tu sampai dihukum, dipukul macam tu sekali," luah warga maya yang geram dengan situasi tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat orang awam malam kelmarin.
"Ibu kandung dan teman perempuannya ditahan, manakala mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan," katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Sumber ; mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.