Kerana harta, keluarga kandung boleh bertengkar sesama sendiri. Sesungguhnya harta dunia benar-benar mampu membutakan manusia sampai ke tahap sanggup menyekutukan Allah. Itulah kejadian yang didedahkan oleh seorang perawat Islam @Qiqi di Facebooknya sekali gus menjadi tauladan buat semua.
Si polan terkena sihir kunci roh…Kalaulah tak berdengkur, umpama dikebumi masa hidup
Seorang lelaki menghembuskan nafas terakhir dan status pemergian itu disahkan sendiri oleh pihak doktor menerusi keadaan nadi serta jantungnya yang tak lagi berdegup. Saat tubuhnya dibawa pulang ke rumah untuk urusan pengebumian, bunyi dengkuran kuat yang tiba-tiba kedengaran cukup mengejutkan ramai orang.
Apabila proses rukyah dilakukan, jelas terbukti sebenarnya si polan masih lagi hidup. Bahkan anggota badannya mula bergerak satu persatu selepas dibacakan ayat suci Al-Quran.
Aku nak semua tanah yang dia ada…Aku cakap baik-baik dia taknak dengar
Lelaki itu bangkit dengan satu makhluk halus yang mengawalnya. Makhluk berkenaan meronta-ronta dan mula meminta tolong kepada tuannya yang berada dalam rumah sama. Seisi rumah mula terpinga-pinga dengan situasi berkenaan. Tak lama kemudian, mereka dikejutkan pula dengan jeritan keras seorang wanita dari arah dapur.
Rupa-rupanya, adik kandung si polan yang kemaruk harta pusaka adalah pelaku sebenar di sebalik perbuatan sihir terbabit.
Suami Minah (bukan nama sebenar) tergesa keluar rumah…Tamak haloba
Lelaki itu akhirnya tersedak dan bangun seperti biasa lantas meluahkan kesal kepada di adik. Walhal sepanjang menjalani kehidupan tanpa ibu ayah, dia selaku abang tidak pernah lokek memberikan didikan dan bantuan. Rupanya, si adik teracun dengan hasutan suaminya yang mahukan semua tanah pusaka milik Allahyarham bapa mereka.
KREDIT : Facebook Qiqi Tokqiqi Lam Ahadd / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.