Ajal maut, jodoh dan rezeki semuanya di tangan Allah S.W.T. Tiada siapa pernah menduga hari yang sepatutnya menjadi momen paling bahagia buat keluarga bertukar duka apabila salah seorang pergi meninggalkan kita.
Baru setengah jam bergelar isteri
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Mawie Khaili apabila memuat naik video seorang wanita yang dikenali sebagai Ika baru sahaja setengah jam bergelar isteri terpaksa menerima hakikat ibu tersayang pergi meninggalkan mereka semua.
@mawiekhaili Sedekahkan al fatihah itu ibunda ika@Boonga ♬ Sad - Enchan
Ibu meninggal di hospital
Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu menceritakan bahawa sahabatnya telah bergegas ke hospital apabila mendapat khabar bahawa ibunya dalam keadaan kritikal setelah selamat bernikah dengan jejaka pilihan.
Namun, sesampainya dia di hospital, ibu tersayang sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir.
Urus hal pengebumian ibu dengan berbaju pengantin
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah kekuatan wanita bernama Ika itu yang tabah menguruskan segala hal dengan masih berpakaian pengantin.
Dia juga turut kembali ke majlis persandingannya untuk menghormati tetamu terutamanya keluarga dari Singapura dan Indonesia walaupun baru sahaja kehilangan insan paling disayangi pada hari bahagianya.
Pengguna TikTok itu juga turut berkongsi video ayah kepada Ika yang berkerusi roda namun tetap menemani perjalanan terakhir allahyarham isteri sehingga jenazah dikebumikan.
Al-Fatihah untuk arwah ibu pengantin
Perkongsian yang dibuat oleh Mawie Khaili itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata akui sebak dengan momen yang dikongsikan kerana ada diantara mereka pernah mengalami nasib yang sama.
Mereka juga mendoakan agar allahyarham ibu kepada Ika ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.
Sumber: TikTok Mawie Khaili / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.