Berang dihina malas kerja, anak belasah bapa guna penyodok sehingga meninggal dunia


Gara-gara berang kerap kali dihina dan dimarahi kerana malas bekerja, seorang lelaki berusia 40-an tergamak memukul bapanya dengan menggunakan penyodok pasir sehingga meninggal dunia di sebuah rumah terletak di Jalan PJS 10/9A, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Dah lama tahan sabar, dihina malas kerja

Memetik laporan BH Online, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam di mana kedua-dua beranak sedang bertengkar mengenai isu yang sama iaitu suspek sudah dua tahun tidak bekerja dan kerap menghabiskan wang membeli minuman keras.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, hasil siasatan mendapat mangsa kerap memarahi suspek sehinggalah pada hari kejadian dia hilang sabar.

“Perkara itu menjadikan mangsa kerap memarahi suspek sehinggalah pada hari kejadian, suspek yang berusia 40-an dipercayai hilang sabar dan memukul kepala serta tubuh bapanya beberapa kali dengan penyodok pasir.

“Suspek kemudian membalut tubuh bapanya yang tidak sedarkan diri dengan langsir dan dimasukkan ke dalam kereta sebelum memandu ke Jalan PJS 10/24 dan mencampakkan bapanya di tepi jalan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Suspek ada dua rekod lampau kes jenayah

Mengulas lanjut, seorang saudara mangsa memberitahu mereka menyedari mangsa tiada di rumah dan kemudiannya mencari sebelum menemuinya dalam keadaan terbaring di tepi jalan iaitu dua kilometer dari rumah mangsa, kira-kira jam 2.15 pagi, hari sama.

Mereka terus melaporkan ke Balai Polis Sungai Way sebelum sepasukan polis dan pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan perubatan ke lokasi kejadian, mangsa didapati sudah tidak bernyawa dan mayat kemudiannya di bawa ke PPUM untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, suspek dan mangsa tinggal bersama berdua dan sering bertengkar kerana suspek malas bekerja dan gemar minum minuman keras. Malah, suspek juga dikatakan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah amanah dan memiliki senjata berbahaya.

Namun, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati ia adalah negatif.

Sementara itu, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya tela menahan suspek pada jam 9.10 pagi hari yang sama di rumahnya selain turut merampas beberapa barangan digunakan.

“Pada jam 11.30 pagi, sepasukan polis ke rumah mangsa dan merampas satu penyodok pasir yang dipercayai digunakan suspek memukul bapanya. Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang digunakan suspek,”ujarnya.

Suspek kini ditahan reman sehingg 2 September dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Sumber: BH Online (Nor Azizah Mokhtar) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post