Umum sedia maklum, pada Februari lalu, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) persendirian diubah mod kepada paparan digital.
Ini bermaksud, setiap pengguna dan pemilik kenderaan boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) menerusi Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ.
Dah tunjuk lesen digital tetap kena saman di Thailand
Pun begitu, tular sebuah hantaran dibuat seorang pengguna Twitter meluahkan perasaan apabila dia dan rakannya disaman oleh pihak berkuasa ketika berada Thailand meskipun sudah memaparkan lesen memandu digital yang dimiliki mereka.
Pengguna dikenali Acapkay menjelaskan situasi tersebut dialami selepas mereka ditahan ketika menunggang motorsikal di sebuah daerah, Phukit dalam negara terbabit.
“Kalau bawa kenderaan ke Thailand, polis sana mintak kad fizikal, kalau tiada boleh kena saman,”ujarnya.
Dah puas ‘explain’ Malaysia dah tak pakai kad fizikal!
Maklumnya, dia juga sudah sedaya upaya menerangkan keadaan sebenar iaitu Malaysia kini sudah tidak lagi menggunakan lesen fizikal (kad). Malangnya, pihak berkuasa negara terbabit tetap tegas melaksanakan tugas mereka dengan mengeluarkan saman.
“Puas aku terangkan yang Malaysia dah tak pakai kad fizikal. Dia kata tak boleh, akhirnya aku dengan Iqbal Asyraff (rakan) kena saman,”ciapnya semalam.
Difahamkan, warga Malaysia yang memandu di Thailand tidak memerlukan lesen antarabangsa sepertimana dinyatakan sebelum ini. Sebaliknya, mereka hanya memerlukan lesen sah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.
Sediakan saja lesen antarabangsa
Pun begitu, terdapat segelintir warganet menyatakan pandangan dengan meminta sesiapa sahaja di luar sana untuk memohon lesen memandu antarabangsa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Sumber: Twitter acapkay / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.