Difahamkan, para pelajar yang melakukan kekerasan terhadap rakan sebayanya itu sudahpun ditahan bagi membantu siasatan.
Mangsa masih berada dalam keadaan trauma
Menerusi lap0ran dari Berita Harian, pelajar tingkatan tiga yang menjadi mngsa mengakui masih lagi trauma dengan kejdian tersebut.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse yang menziarahi mangsa di kediamannya semalam.
Ada kecederaan dibadan
Difahamkan, masih terdapat kesan lebam di tubuh mngsa dan dia juga berada dalam keadaan yang agak lemah. Justeru itu, dia meminta agar pelajar tersebut agar menjalani ujian sinar-X di H0spital Sultan Ismail (HSI) bagi mengenal pasti sama ada dia mengalami kecederaan daIaman ataupun tidak.
“Pagi tadi saya melawat mngsa buli dipukul sekumpulan pelajar di kawasan taman permainan di Taman Bestari Indah yang tular dalam media s0sial. Saya simpati atas ujian yang menimpa dan saya difahamkan keluarganya sudah membuat laporan polis.
“Saya turut menyerahkan sumbangan kepada ibu bapa mngsa sebagai tanda prihatin,” katanya.
Ujarnya lagi, tiada sebarang kompromi ke atas buli atau gangsterisme dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah tersebut.
Mangsa pukul baru bebas dari kanser limfoma
Dalam pada itu, kenalan kepada pelajar yang menjadi mangsa buli berkenaan mengatakan yang remaja berusia 15 tahun itu merupanya bekas pesakit kanser limfoma dan baru sahaja bebas daripada penyakit itu.
“Sebagai ibu bapa, kami berharap kejadian seumpama ini dipandang serius dan diambil tindakan supaya ia menjadi pengajaran,” katanya.
Walau bagaimanapun, pihak keluarga kepada mngsa memilih untuk menyerahkan kes tersebut kepada polis bagi melakukan siasatan.
Terdahulu, tular di media s0sial berkenaan video se0rang pelajar dipukul oleh sekumpulan remaja berpakaian sekolah dipercayai berlaku pada jam 3 petang 9 Ogos lalu di Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, Johor.
Mngsa mengadu dia dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian hadapan dan belakang badan, paha, perut dan lengan kiri serta kanan.
Kejadian berkenaan didakwa didalangi sekumpulan remaja lelaki dianggarkan berusia 14 hingga 17 tahun, termasuk se0rang remaja warga asing.
Menerusi siasatan awal, motif kejdian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati salah se0rang suspek kerana mngsa berkawan rapat dengan teman wanitanya.
Sumber: Berita Harian (Mary Victoria Dass), Facebook Jimmy Puah / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.