Gara2 cemburu, isteri tergamak hidangkan suami ‘nasi kangkang’ setiap hari

Mempunyai perasaan cemburu terhadap pasangan sendiri adaIah lumrah dalam sesebuah hubungan namun, ia akan mengundang kepada keburukan jika tidak dikawal dengan baik.

Perkara tersebut dialami oleh se0rang lelaki dimana, isterinya menghidangkan nasi tangas pada setiap hari disebabkan oleh cemburu buta yang menguasai diri sehingga sanggup membuat tindakan terkutuk.

Kejadian itu dik0ngsikan sendiri oleh perawat wanita Ar-Syifa di laman TikToknya yang memaklumkan lelaki itu merana dek ilmu hitam yang dilakukan oleh isterinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, kelihatan se0rang lelaki sedang menerima rwatan dengan menggunakan beberapa kaedah bagi membuang sihir tersebut dari dalam badannya.

@perawatwanitaarsyifaphg #nasitangas #sihir #santau #suamiisteri #nasikangkang #gangguanjin #temerloh #raub #rompinpahang #bentong #jengka #pahang #fyp #fypシ #beranda #capcut ♬ Tentang Bulan - Amelia Syafiena

“Nasib suami dapat isteri kuat cemburu, setiap hari diberi makan nasi tangas, dah macam Iembu kena cucuk hidung..turut semua kemahuan si isteri.

“Cemburu punya pasal, sanggup bagi suami makan makanan k0tor dan jijik. Dah bertahun hidup bersama, tapi ada yang sanggup buat benda macam ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut mendedahkan dia sering mendengar isterinya cakap seorang diri malah, selalu melihat kelibat lembaga hitam di dalam rumahnya.

Kesan daripada perbuatan terkutuk isterinya itu, badannya sentiasa rasa lemah, terdapat ketulan tersumbat ditekak selain mengalami cirit-birit pada setiap malam.

“Suaminya beritahu, ada yang pelik dirumah, selalu dengar isterinya bercakap seorang diri. Selalu nampak kelibat lembaga hitam didalam rumah.

“Badannya sentiasa rasa lemah, ditekak pun ada ketulan yang tersumbat. Setiap malam sakit perut cirit-birit dan kerap muntah darah, lepas maghrib je mesti bau kemenyan di dapur,” kongsinya.

Dalam pada itu, difahamkan perawat Islam telah berjaya mengeluarkan benda-benda kot0r di dalam perutnya selepas berjaya di rugyah.

“Alhamdulilah selepas di rugyah keluar muntah benda-benda kotor di dalam perutnya,” ujarnya lagi.

Sumber: TikTok @perawatwanitaarsyifaphg / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post