Kata orang, dalam dunia ini ada 7 manusia yang bermuka serupa. Kalau tidak di negara sama, mungkin ketujuh-tujuhnya ada di benua lain dengan latar belakang hidup yang berbeza. Tapi siapa sangka, persamaan sebegitu mampu membawa kebahagiaan buat sebuah keluarga ini.
Mak dekat dapur, dia tak tahu siapa yang datang
Di TikTok, seorang wanita bernama @Qiela telah membuat kejutan untuk ibu ayahnya dengan memberitahu ada tetamu istimewa akan bertandang ke rumah mereka. Namun dia dan adik beradik lain tidak memberitahu status sebenar insan yang akan hadir ke sana. Seawal jam 3 pagi, ibu mereka sudah siap memasak sebagai tanda meraikan kedatangan tetamu tersebut.
Encik Muhammed Ahmad Hamdan mirip dengan abang kami, Mohd Afiq Bin Adnan
Rupa-rupanya, tetamu berkenaan adalah Encik Muhammed Ahmad Hamdan iaitu seorang pengacara TV3 yang dikatakan memiliki wajah seiras dengan Allahyarham abang sulung Puan Qiela. Sejurus melihat wajah pemberita tersebut, si ibu terus menitiskan air mata kerana seakan melihat anaknya ‘hidup semula’ di depan mata. Bapa Puan Qiela yang paling sukar menunjukkan emosi juga gagal menahan air mata sebak.
@qielaadnan Hari paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah. Terima kasih @Muhammed Ahmad Hamdan 🤍 #capcut #foryoupage #fyp #foryou #fypシ ♬ original sound - Qieylaa
Semoga silaturahim terus berkekalan ya…Terima kasih
Pertemuan itu sedikit sebanyak mengubati kerinduan mereka kepada Allahyarham Mohd Afiq Bin Adnan. Sebelum Encik Muhammed Ahmad Hamdan pulang, mereka turut memberikan sedikit buah tangan sebagai tanda terima kasih kerana dia sudi membuat kejutan bermakna itu. Video berkenaan mengundang rasa terharu netizen sehingga meraih lebih 397 ribu jumlah tontonan.
@qielaadnan Replying to @🌈 Noly Maaf semua video original tk jelas waktu ni 🙃❤️ #capcut #foryoupage #foryou #along #fyp #keluargabahagia ♬ original sound - Qieylaa
KREDIT : TikTok Qieylaa / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.