“Kalau boleh saya nak beranak setiap tahun”–Emma Maembong sedia hamil anak ke-3

 

Pelakon cantik, Emma Maembong mengakui yang dirinya tidak menolak kemungkinan bakal menimang cahaya mata ketiga dalam waktu terdekat.

Tak kisah beranak setiap tahun

Memetik laporan dari Kosmo! Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengakui yang dirinya tidak kisah kalau beranak setiap tahun walaupun baru sahaja melahirkan anak kedua beberapa bulan lalu.

Suka suasana meriah di rumah

Ujarnya, dia memang sukakan suasana rumah yang meriah memandangkan mempunyai adik beradik yang ramai iaitu 11 orang.

“Kalau diikutkan, saya mahu beranak setiap tahun. Cuma, belum ada rezeki kerana untuk dapatkan anak kedua ini, ada jurang dua tahun.

“Saya hendak anak ramai kerana saya datang daripada keluarga yang besar, iaitu 11 adik-beradik.

“Saya sudah biasa dengan suasana riuh rendah. Masa mula-mula kahwin, terutama pada hari raya, saya amat sunyi hingga menangis,” katanya.

Tak boleh berjauhan dengan keluarga

Dalam pada itu, Emma juga sempat memberitahu bahawa dia sukar untuk berpisah dengan keluarga sehingga sanggup membawa anak-anak, suami serta seorang pembantu ke set pengambaran hanya disebabkan tidak mahu berjauhan dengan mereka dalam waktu yang lama.

“Saya memang tidak boleh berjauhan dengan anak-anak. Sebab itu walaupun sesibuk mana, saya mahu anak-anak sentiasa ada dengan saya.

Jadi salah satu cara, saya akan bawa anak-anak, suami dan seorang pembantu ke set penggambaran. Saya jadi lebih gembira dan bersemangat untuk bekerja jika mereka ada bersama,” katanya.

Untuk rekod, Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang pada 19 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka telahpun menimang dua orang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel dan juga Shakil Aryan Shah.

Sumber: Kosmo! (Mohammad Shahemy Azmi) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post