Dua orang kanak-kanak mejadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu, bapa dan adik bongsu mereka meninggal dunia selepas kereta yang mereka naiki dihempap sebatang pokok sewaktu melalui jalan dari Machang ke Kota Bharu kira-kira jam 8.04 malam.
Ibu, bapa & adik bongsu maut
Memetik laporan dari Berita Harian, mangsa,Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40 dan anak, Nik Aishah Azzahra, 5, serta suami, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44 disahkan meninggal dunia manakala dua lagi anak kepada pasangan tersebut Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9, yang berada di tempat duduk belakang cedera dan dibawa ke Hospital Machang.
Ibu riba adik bongsu ketika dikeluarkan
Apa yang membuatkan ramai sayu termasuklah anggota Bomba dan Penyelamat adalah kedudukan Nik Amirah yang meriba anak bongsunya, Nik Aishah Azzahra di bahagian penumpang sewaktu dikeluarkan dari kereta.
Difahamkan, wanita yang menaiki kereta jenis Nissan Sentra itu sedang hamil dan meninggal dunia di tempat kejadian bersama anak dan suaminya.
“Wanita itu juga sedang mengandung, selepas mengeluarkan mangsa, kita dapati ketiganya sudah meninggal dunia.
“Bomba mengambil masa dua jam setengah untuk mengeluarkan mangsa, memotong pokok dan kerja-kerja pembersihan membabitkan 10 anggota, satu jentera dan dua jengkaut,” ujar Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Roslan Omar.
Dalam pada itu, lima lagi terselemat apabila kenderaan yang mereka naiki juga melalui kawasan berkenaan sewaktu kejadian pokok tumbang terbabit.
pasangan suami isteri, Shamsiemon Mukhtar, 53, dan isteri, Jahnilawati Mohd Zain, 52, serta tiga anak mereka yang menaiki kereta Honda City tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber: Berita Harian (Nor Amalina Alias) / OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.