Lebih baik hidup dalam kesusahan daripada pura-pura kaya tetapi realitinya, hutang dikeliling pinggang kerana bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri yang menggalakkan kita untuk berbelanja mengikut kemampuan sendiri.
Tapi, agak berbeza bagi seorang wanita Aien Suraya apabila berk0ngsi video yang memaparkan kereta mewah miliknya dipercayai ditarik oleh sebuah trak tunda di pekarangan rumahnya.
@aien_suraya belum mampu lagi 🥲🥲🥲
♬ bunyi asal - hilang
Melalui video TikTok tersebut, usahawan tudung itu mengatakan bahawa dia tersiIap langkah dalam menguruskan kewangan dan terjerat dengan hutang kerana menyangka pendapatan diperolehnya sebanyak RM10,000 sebulan mampu memiliki kereta jenis Toyota Vellfire.
Difahamkan, dia berasa terbeban untuk menjelaskan hutang kenderaan berwarna putih tersebut yang perIu dibayar sebanyak RM3,000 sebulan dan turut mengakui kesilapannya memilih kereta itu sebagai kegunaan harian.
@aien_suraya Replying to @Putra Adly Adly ♬ Top Topan - 🌙ʊʀʍօօռ
Aien turut berkongsi bahawa sifat teringin yang membuak-buak bagi memiliki kereta yang p0pular bagi gol0ngan T20 itu menjadi punca dirinya bertegas untuk meneruskan pembelian.
Malah, dia juga menyedari tersilap langkah selepas tidak mampu melunaskan hutang bulanan selain menasihati pengikutnya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Rakaman berdurasi 15 saat itu memperoleh 1.1 juta tontonan, hampir 20,000 tanda suka dan lebih 2,000 k0men dalam kalangan netizen yang memberikan pelbagai reaksi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menceritakan pengalaman peribadi mereka berhubung soal pembelian kereta yang berdasarkan kemampuan masing-masing.
Sumber: Tiktok Aien Suraya / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.