Seorang wanita dikenali Effa meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila lelaki yang bakal menjadi suaminya pada Oktober ini menghilangkan diri selepas dia terlibat dalam sebuah kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja.
Tunang ‘ghaib’ lepas Effa terlibat kemalangan
Memetik laporan mStar, Effa, 30, mendakwa lelaki itu meninggalkan dia selepas dia terlibat dalam kemalangan pada 26 Jun lalu dan dia sendiri tidak mengetahui akan sebab ‘bekas’ tunangnya itu berbuat demikian.
“Sebenarnya, saya kemalangan tu, dalam masa sama, bekas tunang saya tinggalkan saya sebab kes saya macam ni. Saya patah kaki, pinggul, penderahan dalam kepala dan kecederaan perut.
“Saya kemalangan masa nak pergi kerja pukul 5.30 pagi. Saya naik motor, kemudiannya terbabas di Bukit Indera Muda, Pulau Pinang. Sebulan juga saya dimasukkan dalam Hospital Seberang Jaya,”ujarnya.
Ujarnya, buat masa sekarang dirinya masih belum pulih sepenuhnya tetapi sudah pulang ke rumah dan tidak lagi menjadi penghuni hospital.
Bangga tayang perempuan lain kat TikTok
Apa yang membuatkan hatinya remuk adalah lelaki tersebut dilihat memuat naik konten bersama teman wanita baharunya di aplikasi TikTok disaat dia sedang menarung kesakitan akibat kemalangan.
Malah, Effa juga terpaksa menanggung kerugian wang ringgit kerana persiapan perkahwinan mereka sudah separuh siap selain menjemput 500 orang tetamu.
“Yang lagi sakit, dia dah up video TikTok, dengan bangganya girlfriend baru dia. Padahal kami dah rancang nak nikah bulan Oktober. Saya call langsung tak angkat. Dia dah block saya sejak awal Ogos.
“Persiapan kahwin dah separuh, majlis saya jemput dalam 500 saja. Nasiblah tak banyak. Saya dah kemalangan, mestilah nak orang yang kita sayang bagi semangat. Tapi dia terus hilang. Nasib ada keluarga untuk saya terus kuat. Allah sahaja tahu saya menangis setiap malam,”kongsi Effa.
Apa-apa pun, didoakan semoga Effa lekas sembuh dan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan akan menjaga serta bahagia bersama hingga ke akhir hayat.
Sumber: mStar / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.