“Miskin tak perlu berlagak mukbang” - TikToker menangis ketika makan nasi lauk kampung dihina, rakyat Malaysia minta kuat semangat


KEWUJUDAN platform seperti YouTube dan TikTok membuka ruang untuk ramai individu menjana pendapatan sendiri dengan menjadi pencipta kandungan.

Terbaharu, seorang pemuda dikenali sebagai Anggik Maem yang menghasilkan video makan-makan atau mukbang meraih sokongan ramai selepas dia menjadi mangsa buli siber.

Menerusi TikTok, Anggik memuat naik tangkap layar komen seorang individu yang melabelkan dirinya sebagai orang miskin kerana hanya mampu membuat video mukbang makanan biasa-biasa sahaja.

"Miskin tak perlu berlagak mukbang," tulis seorang individu.

Dalam video itu, TikToker tersebut dilihat sedang menjamah nasi putih bersama tempe goreng dan sayur.

Lebih sayu, dia dilihat mengesat matanya yang mula berkaca sambil mengunyah juadah berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen termasuklah rakyat Malaysia meninggalkan kata-kata semangat buat TikToker Indonesia itu.

"Semangat abang. Kami supporter abang dari Malaysia.

"Malaysia hadir support. Terus semangat ya sahabat.

"Stay strong. Kami dari Malaysia full support and follow," tulis pengikutnya di TikTok.

Untuk rekod, video yang dikongsi Anggik itu menerima lebih 8.8 juta tontonan selepas tiga hari ia dimuat naik ke TikTok.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post