Murid pakai kasut terk0pak ceria ditegur guru! Jujur beritahu kena gam dulu sementara tunggu ayah gaji


GURU ibarat ibu bapa kedua kepada murid selain perlu melaksanakan tugasan mendidik.

Malah ramai juga guru memainkan peranan menjaga kebajikan para pelajar dengan memberikan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan.

Tular di media sosial perkongsian seorang guru, Teacher Nana yang menunjukkan kasut pelajarnya dalam keadaan begitu menyedihkan.

Dalam rakaman tersebut, pelajar lelaki yang dipanggil 'abang' itu dilihat memakai kasut hitam yang sudah lusuh dan terkopak bahagian tapaknya tanpa memakai stoking.

Apabila ditanya mengapa tidak diganti dengan kasut baharu, jawapan diberikan murid ini begitu menyentuh perasaan Teacher Nana dan warganet yang menonton video tersebut.


Tangkap layar video tular dimuat naik Nana di TikTok.

"Ayah belum gaji. Dia cakap hari ni nak gamkan (tampal semula)," jawabnya ceria.

Melihat keadaan kasut yang begitu 'daif', guru wanita ini bertanya sekiranya abang mahukan kasut baharu.

Namun soalan tersebut hanya dijawab dengan ketawa kecil sahaja.

"Awak nak kasut baharu tak? Bayar RM50 dekat cikgu," selorohnya.

Pelajar ini kemudiannya mengeluarkan not RM1 dan segenggam duit syiling dari poket seluarnya seolah-olah mahu membayar kepada gurunya.

"Ni duit belanja awak? Kira ada berapa ringgit," ujarnya seperti yang didengar dalam video.

Dalam video sama, Teacher Nana dilihat membuat kejutan kepada muridnya itu dengan menghadiahkan kasut hitam baharu jenama All America Shoe.

Katanya, ia merupakan jenama kasut sama sering dipakai olehnya ketika di bangku sekolah dulu.

"Kita surprisekan abang dengan kasut sekolah baharu.

"Kasut ni selesa dari zaman sekolah dulu saya memang pakai kasut ni.

Cikgu lain turut bertanya mengenai kasut abang setelah melihat ia terkopak.

"Harapnya bertahanlah abang ni pakai," katanya dalam video sambil mengeluarkan kasut tersebut.

Jelas abang begitu teruja dan ceria malah sentiasa tersenyum selepas mendapat kasut baharunya.

Bukan itu sahaja, dia juga mencubanya dengan berjalan dan melompat untuk menguji tahap keselesaan.

Anak yang baik, tak merungut pun pakai kasut walaupun dah macam tu.

NETIZEN

Turut dirakamkan oleh Teacher Nana adalah pertanyaan seorang lagi guru tentang bagaimana murid itu mampu bertahan memakai kasut tersebut.

Menurut 'abang', dia sebenarnya sudah lama memakai kasut yang tumitnya sudah lekang dan hampir tercabut.

Bagi mengelakkan daripada kasut baharu itu hilang, Teacher Nana menggunakan cecair pemadam untuk menulis nama muridnya itu di bahagian tepi tapak.

Perkongsian tersebut meraih lebih 3.4 juta jumlah tontonan setelah disiarkan.

Rata-rata warganet meluahkan rasa terharu melihat tindakan Teacher Nana.


Komen netizen pada video tular.

Bukan itu sahaja, sikap dan semangat murid itu untuk tetap pergi ke sekolah walaupun dalam serba kekurangan turut dipuji netizen.

"Budak ni akan ingat jasa cikgu sampai besar.

"Anak yang baik, tak merungut pun pakai kasut walaupun dah macam tu. Faham situasi ayah.

"Cikgu macam ni orang sayang. Ada sesetengah cikgu budak pakai selipar terus denda. Tak tanya pun apa masalah dia. Mungkin tak ada duit nak beli kasut," demikian komen beberapa netizen.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post