Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki, seel0knya didiklah mereka tentang kerja-kerja rumah termasuklah pembelian barang dapur setiap bulan. Sekurang-kurangnya apabila sudah berkahwin nanti, mereka tidak meletakkan 100% beban menguruskan rumah tangga kepada isteri secara melulu.
Sudah sebulan isteri hanya masak tauge
Baru-baru ini di TikTok, penulis bernama Meisya Jasmyn berkongsikan luahan seorang lelaki tentang masalah rumah tangganya. Penat keluar bekerja setiap hari, dia terkilan kerana isterinya cuma menghidang lauk tauge selama sebulan berturut-turut. Jelasnya, dia sudah memberikan nafkah RM100 khas untuk membeli lauk basah serta sayur sahaja. Manakala minyak, beras dan tong gas pula sudah disediakan.
“Haruskah se0rang suami yang dah berjuang mencari nafkah hanya dihidangkan sayur tauge setiap hari?”
RM100 tak termasuk duit skincare
Si suami ada bertanya lanjut, namun isteri dalam nada marah berkata duit itu tidak cukup untuk membeli daging. Di sini, dia merasa amat tidak berpuas hati mengapa timbul isu tidak cukup. Masih belum dikurniakan anak, si suami yakin jumlah RM100 sebenarnya mencukupi untuk makan minum mereka berdua.
“Saya beri RM100 sebulan. Tak perlu beli bedak atau makeup sebab saya tak suka. Dari awal nikah, mak dah pesan jangan bagi isteri duit berdandan. Kerana ia b0leh menjurus kepada bibit-bibit perselingkuhan”
Saya menyesal sebenarnya nikahi isteri yang kufur nikmat
Sudah nekad untuk bercerai atas suruhan ibunya, namun lelaki ini sayang memikirkan k0s yang sudah dihabiskan untuk meIangsungkan perkahwinan sebeIum ini. Ia termasuklah pemberian hantaran yang cukup lumayan kepada pihak isteri.
KREDIT : TikTok Meisya Jasmyn / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.