Nahas Elmina: Jasad Ustaz Idris sempurna, rambut juga tidak terbakar

Jasad salah seorang mangsa nahas pesawat ringan di Elmina difahamkan berada dalam keadaan sempurna dan memudahkan urusan pengecaman mayat dibuat oleh waris.

Memetik laporan dari Kosmo!  jenazah Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, yang berada di dalam pesawat  Beechcraft 390 (Premier 1) tidak terjejas teruk dan hanya kemeja yang dipakainya hangus, manakala singlet dan seluar masih melekap pada badan.

Hanya kemeja yang hangus, singlet masih terlekat dibadan

Jenazah Ketua Unit Penguat Kuasa Agama Pejabat Agama Islam Raub itu telah disahkan oleh isterinya, Adlina Aishah Ahmad Rusli di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada Jumaat.

Abang ipar mangsa, Ahmad Fariz Ahmad Rusli, 57 memaklumkan yang jenazah Idris  telah disahkan sendiri oleh adiknya melihat dari susuk tubuh dan pakaian yang masih melekat dibadannya.

“Adik saya memaklumkan semalam (kelmarin) dia melihat keadaan jenazah masih lagi sempurna dengan hanya patah bahagian kaki dan kecederaan di punggung.

Baju singlet yang dipakai mang­sa masih melekap pada badan, hanya kemeja yang terbakar, malah kemeja masih ada pada bahagian tangan begitu juga seluar yang dipakai arwah,” katanya.

Seorang penghafaz al-Quran

Dalam pada itu, isteri mangsa juga memaklumkan kepada abangnya bahawa rambut allahyarham juga masih elok dan hanya sedikit sahaja terbakar.

Difahamkan, Idris Abdol Talib atau biasa disapa Ustaz Idris merupakan seorang penghafaz Al-Quran.

Merujuk kepada laporan Harian Metro pula, Ahmad Fariz bersyukur kerana jenazah dalam keadaan sempurna dan dia sendiri memegangnya sebelum urusan pengebumian dijalankan.

“Kita dapat dia sempurna, dari hujung rambut sampai ke kaki, lengkap (badannya). Rambut dia juga tidak terbakar, saya sendiri pegang. Dia golongan yang dipelihara oleh Allah SWT,” katanya.

Isteri baru melahirkan

Ditanya keadaan isteri Allahyarham, dia mengatakan adiknya dalam keadaan baik walapun baru sahaja 54 hari melahirkan anak ketiganya. Walau bagaimanapun, dua orang lagi anak arwah berusia 10 dan 14 tahun dilihat masih bersedih serta sukar untuk menerima pemergian bapa mereka.

Fariz juga menyifatkan bahawa adik iparnya itu sebagai seorang yang mudah didekati, baik dan bercakap hanya perkara penting sahaja.

Allahyarham yang bertugas sebagai penguatkuasa di Pejabat Agama Islam Daerah Raub, Pahang telah bercuti tanpa gaji selama setahun kerana mengikuti Datuk Seri Johari Harun sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Untuk rekod, seramai 10 mangsa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun terkorban selepas pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, Shah Alam kira-kira jam 2.40 petang, Khamis lalu.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada enam penumpang pesawat, juruterbang, pembantu juruterbang, pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Ketika kejadian, jet persendirian tersebut dalam perjalanan dari Langkawi dan sedang menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Jaya di Selangor.

Sumber: Kosmo! (Abdul Rashid Abdul Rahman), Harian Metro (Norzamirah Che Noh) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post