Dilahirkan sebagai insan kelainan upaya (OKU) bukanlah penghalang buat seseorang untuk terus maju bergerak ke hadapan dalam apa-apa juga bidang mereka ceburi.
Biarpun berhadapan dengan kekalahan, namun segalanya berbaloi jika perjuangan seseorang itu dilakukan dengan sepenuh hati seperti yang dilalui oleh seorang pelajar OKU fizikal baru-baru ini.
OKU fizikal bukan penghalang, tetap lari ke garisan penamat
Semangat ini dapat dilihat menerusi perkongsian sebuah video oleh Farid Kamaruddin ketika berlangsungnya acara larian yang memaparkan seorang pelajar lelaki berlari dengan menggunakan tongkat.
Pada awal video di garisan pemula, pelajar lelaki dilihat sedang berdiri dalam keadaan sudah bersedia sebelum menunjukkan kesungguhan berlari dengan sebelah kaki dengan dibantu oleh tongkat.
“Aku tahu kau paling kuat dik,”tulisnya.
Cikgu bantu bagi sokongan, iring sampai ke garisan penamat
Sementara itu, apa yang membuat ramai lebih tersentuh hati adalah kegigihan seorang guru wanita yang memakai baju biru turut berlari di sebelah adiknya yang kurang upaya sambil memberikan sokongan sehingga ke garisan penamat.
“Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat,”tulisnya lagi.
@faridkamaruddin18 Aku tahu kau orang paling kuat dik. Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat. #luarbiasa #ppki #fyp ♬ Jangan Pernah Menyerah - Arnas19🐱
Terima kasih cikgu
Rata-rata netizen turut sebak melihat cara guru menyayangi anak muridnya selain ibu kepada pelajar tersebut berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada anaknya.
Malah, ramai mendoakan supaya pelajar itu diberi bantuan kaki palsu untuk meneruskan perjuangannya dalam acara sukan pada masa akan datang.
Sumber: TikTok faridkamaruddin18 / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.