Pada tahun lalu, Fatin Farhana Ismail pernah viral kerana kelucuannya bersama tikus belanda peliharaan bernama Kalbar. Bahkan, terdapat sebuah videonya menjadi tular sampai ke luar negara menyaksikan kedua-duanya menoleh serentak ketika terdengar bunyi dentuman mercun di luar rumah.
Patut ramai cakap muka sama, perangai pun sama
Farhana yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Mak’ kepada Kalbar juga banyak membuat live TikTok bersama dengan tikus belanda lain. Dia kerap berkongsikan tentang tips penjagaan guines pig dan macam-macam lagi keletah lucu.
@at_bie Patut ramai cakap muka sama , perangai pun sama 😭 #fyp #guineapig #kalbar #wonderpets ♬ original sound - At_Bie - Bie
@at_bie Besheee yee ni 🐹🤣 #fyp #biekalbar #guineapig #wonderpets ♬ original sound - Bie
@at_bie Rupa taik guinea pig macam gula gula tic tac 🥹 #fyp #biekalbar #guineapigmalaysia #wonderpets ♬ original sound - Bie
Dari Kalbar datang dekat mak sampai Kalbar pergi, mak ada di sisi Kalbar
Namun sebentar tadi, Farhana membuatkan ramai hiba kerana Kalbar yang mengalami isu kesihatan telah pergi buat selama-lamanya. Dia sebagai seorang tuan sebenarnya sudah sehabis baik membawa Kalbar mendapatkan rawatan ke banyak klinik veterinar, namun peluang untuk menyelamatkan tikus belanda itu memang semakin tipis.
@at_bie Mak bersyukur sayang , dari kalbar datang dekat mak sampai kalbar pergi , mak ada disisi kalbar. Kalbar dah ramai buat orang happy lagi lagi mak sayang. Simpan sini untuk mak dan lain untuk tidak lupakan kalbar sampai bila bila sayang. Kalbar tetap dalam hati mak sampai hembusan nafas mak , jumpa disana kalbar 🐹❤️ #fyp #biekalbar #guineapig ♬ original sound - Bie
Kalbar tetap dalam hati mak sampai hembusan nafas mak
Ketika siaran live dibuat padi tadi, hati Farhana retak seribu kerana Kalbar tiba-tiba didapati tidak bergerak lagi. Setelah cuba mendengar degupan jantung, jelasnya haiwan kesayangannya itu telah menghembuskan nafas terakhir. Terlampau sedih dengan kehilangan itu, Farhana telah menangis tanpa suara dan itu benar-benar membuktikan betapa besarnya kedukaan di hatinya.
@_bubbletea23 Today 16 August. 7.21 am... Kalbar rest in peace... Kesian tengok owner dia... Selamat tinggal kalbar... Event aku tengok macamtu jerr dia punya konten vedio tapi buat aku rasa gembira.. Sabar kak.. We know what you feel.. Keep stronger.. 😔😔
♬ Untukmu Aku Bertahan - Afgan
KREDIT : TikTok Bie & BubbleTea / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.