Sebelum ini, media melaporkan Exco Negeri Pahang merupakan salah seorang individu terkorban dalam nahas pesawat ringan terhempas di Lebuh Raya Guthrie berhampiran Elmina, Denai Alam, hari ini.
Speaker Pahang sah ADUN Pelangai maut dalam nahas
Terbaharu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin mengesahkan Exco Kerajaan Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara mangsa nahas.
Berita itu dikongsikan oleh beliau menerusi hantaran di platform Facebook sebentar tadi berserta beberapa foto mereka berdua.
“Berita yang menyedihkan, Johari Harun, Exco Kerajaan Pahang, Ketua UMNO Bentong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai telah kembali ke rahmatullah.
“Terlibat dalam pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat,” coretnya.
Baru je jumpa dua hari lepas…
Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman turut mengesahkan berita sedih itu dan meluahkan rasa sebak apabila menerima khabar duka mengenai rakan politiknya
Apa yang lebih meruntunkan hati adalah beliau baru sahaja berjumpa dengan Allahyarham pada dua hari lepas bagi membincangkan berkenaan projek pembangunan dia kedua-dua kawasan pentadbiran mereka.
“Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam.
“Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham YB (Yang Berhormat) Dato’ Sri Johari Harun, Exco Pahang yang juga ADUN Pelangai di bawah Parlimen Bentong.
“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahyarham Dato’ Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak. AlFatihah,”tulisnya.
Sumber: FB Young Syefura Othman, Mohd Sharkar Shamsudin / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.