Selain kreativiti mengubah suai hiasan dalaman rumah flat menjadi estetik, cara didikan Syamimia dan suami membesarkan anak mereka juga menjadi perhatian ramai. Sejak usia muda lagi, kanak-kanak bernama Malik itu sudah dikenalkan dengan kerja-kerja dapur termasuklah mengemas dan memasak.
Happy birthday Malik
Semalam menerusi sebuah sesi live di TikTok, pasangan suami isteri berkenaan telah meraikan hari jadi Malik dengan sambutan yang cukup sederhana. Meskipun tanpa kek birthday bersaiz besar, kepingan pancake yang kemudiannya diletakkan sebatang lilin pun sudah menggembirakan budak tersebut.
Terima kasih Mama buatkan kek…Terima kasih ayah sebab ayah jaga saya
Lebih mengharukan adalah moment apabila Malik memberikan ucapan penghargaan selepas selesai meniup lilin. Selain berterima kasih kepada ibunya kerana dibuatkan pancake, Malik mengundang sebak ramai selepas mengucapkan terima kasih kepada ayahnya yang telah menjaganya dengan cukup baik selama ini.
@naddnanad4 Suka tengok keluarga ni ..soft spoken ja ,anak,isteri,suami semua nampak saling melengkapi 🥰🥰🥰🥰@syamimia_ @shanadiaaa #fyp #keluargabahagia #syamimia #rumahidaman #anakbijak #videoviral ♬ Doaku Untukmu Sayang - Egus Rivilla
Rumah kecil tapi besar dengan kasih sayang…Meleleh air mata
Menerusi ruangan komen, ramai netizen menjadi terharu melihat kesopanan Malik dalam menyusun tutur kata. Limpahan kebahagiaan keluarga kecil ini cukup menjadi inspirasi ramai walaupun mereka tinggal di rumah kecil.
Mereka turut memuji cara pasangan ini yang pandai mendidik sehingga anak sekecil itu mempunyai karakter yang sungguh berbudi bahasa.
KREDIT : TikTok NADD / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.