NIKMAT dan rezeki Allah amat luas.
Jiran yang baik juga merupakan rezeki yang perlu disyukuri walaupun apa jua agama dan bangsanya.
Terbaharu, seorang pengawal perubatan Islam dikenali sebagai Ustaz Zamri berkongsi kisah tentang seorang wanita yang didakwa disihir jirannya.
Zamri banyak berkongsi video dia merawat pesakit menerusi TikTok.
Menurut Zamri, wanita itu disihir selepas dia menegur seorang jiran yang kerap meletakkan kereta di hadapan rumahnya sehingga menganggu urusan harian.
"Negeri Sembilan, jiran berhati iblis. Jiran sebelah kerap sangat parking betul-betul depan pagar rumah sampai kereta sendiri nak keluar pun tak boleh.
"Ada satu hari tu dia (mangsa) cakap dengan jiran. Cakap elok-elok kot supaya jangan parking depan pagar. Kalau parking tepi pagar tak apa," cerita Zamri mengimbas semula pertemuan wanita itu dengan jirannya.
Merah menyala muka jiran tu dan dia jawab dengan nada tinggi... dia kata kau (mangsa) pun sewa je.
USTAZ ZAMRI
Kata Zamri lagi, jiran wanita itu bukan sahaja menunjukkan reaksi berang, malah turut mengeluarkan kata-kata biadab terhadapnya.
Selepas pertemuan itu, wanita tersebut mula menyedari tanda-tanda aneh yang berlaku terhadap dirinya sehinggalah dia dibawa menerima rawatan.
"Merah menyala muka jiran tu dan dia jawab dengan nada tinggi. Dia kata kau (mangsa) pun sewa je. Sebelum mngsa duduk sini, itu memang tempat dia parking. Kena faham dia banyak kereta.
"Lepas 'sound' jiran sebelah, hari-hari ada air kencing disimbah atas lantai depan pintu. Sesekali sup bunjut depan pagar," ceritanya lagi.
Perawat daripada Pusat Rawatan Islam Ar Syifa Al Mustakim di Nilai, Negeri Sembilan itu turut berkongsi video ketika dia merawat wanita berkenaan, baru-baru ini.
Wanita itu dilihat berbaring di atas lantai ketika Zamri memegang kepala serta lehernya dalam sesi rawatan itu.
Mngsa juga kedengaran menahan sakit sambil terbatuk-batuk seperti mahu memuntahkan sesuatu.
Isu jiran letak kereta merata-rata sering tular di media sosial. -Gambar hiasan
Video yang meraih lebih 70,000 tontonan itu turut dihujani pelbagai komen netizen selepas ia tular di aplikasi TiKTok.
Selain menyelar tindakan jiran wanita itu, beberapa netizen turut mendakwa mereka juga pernah berdepan kejadian serupa.
"Sewa pun dia ada hak sebab dia bayar. Rajin-rajin solat hajat biar dia terima balasan. Pindah cari rumah lain.
"Apa yang saudari alami, sama akak dah lalui sehingga ragut nyawa suami, angkara jiran iblis.
"Saya pun ada jiran berhati syaitan. Habis keluarga saya porak-peranda," tulis beberapa netizen.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.