Suami isteri meninggal malam Jumaat selang 10 minit... Satu persatu kisah amal jariah dibongkar! Masa hidup suka wakaf tanah untuk agama


CINTA abadi sehingga ke akhir nyawa.

Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan kisah pasangan suami isteri dari Likas, Kota Kinabalu, Sabah ini yang dijemput ajal hanya selang 10 minit.

Kisah pasangan Salimin Maralim dan isterinya Mariah Abdullah menjadi tular selepas dikongsikan oleh seorang individu yang menggunakan akaun At-Lal D. Shahir di laman Facebook Sabah Info.

Menurut individu berkenaan, Allahyarhamah Mariah terlebih dahulu dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu kerana jatuh sakit.

"Petang kelmarin (Khamis) lepas maghrib, wife (Mariah) meninggal. Masa tu suami (Salimin) ziarah isterinya kerana doktor kata tak ada harapan dah.

"Lepas itu isterinya hembus nafas terakhir pukul 7.05 malam. Selang 10 minit isterinya pergi, suami pula dijemput Tuhan dalam hospital yang sama. Kebesaran Tuhan nak tunjuk," tulisnya pada hantaran tersebut.

Hantaran yang tular di Facebook.

Bagaimanapun dia tidak menghuraikan lebih lanjut sebab kematian pasangan berkenaan.

Namun menerusi ruangan komen, warga maya memaklumkan Allahyarham Salimin rebah selepas mendengar berita kematian isterinya ketika menziarahi wanita itu di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Kota Kinabalu.

Dalam hantaran yang sama, individu tersebut turut berkongsi kisah kebaikan yang dilakukan Allahyarham Salimin semasa hayatnya.

"Untuk makluman, Haji Salimin ni wakafkan tanah dia dekat Kampung Gadong, Kimanis, untuk buat surau. Surau tu pun 80 peratus kos dia keluarkan.

"Surau tu jadi tempat singgah musafir dari Kota Kinabalu ke Keningau selain jemaah mukim Kampung Gadong, Kimanis.

"Pahala yang senitasa mengalir pada beliau hingga kiamar. Perginya pula kedua insan ini mulia ini pada malam Jumaat (3 Ogos)," tulisnya lagi.


Arwah juga wakafkan tanah untuk buat kelas Kafa... semoga syurga buat kedua-dua arwah.

NETIZEN

Jenazah pasangan berkenaan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Contoh Petagas, Kota Kinabalu.

Sehingga kini, perkongsian individu berkenaan meraih 4,300 shares di Facebook.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut sama terkesan dengan kisah suami isteri berkenaan dan menyifatkan mereka sebagai pasangan yang sangat bertuah kerana dijemput bersama pada hari yang mulia.

Malah ada juga antara netizen yang mengenali pasangan berkenaan berkongsi amal jariah lain yang dilakukan mereka ketika hidup.

Ramai yang hadir untuk menyertai solat jenazah pasangan berkenaan.

"Arwah juga wakafkan tanah untuk buat kelas Kafa. Semoga syurga buat kedua-dua arwah.

"Al-Fatihah. Begitu banyak wakaf yang mereka sedekahkan. Kami dimaklumkan madrasah tempat anak saya belajar, arwah adalah penyumbangnya.

"Pemergian yang dicemburui ramai. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman," demikian antara komen netizen.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post