Sejak kebelakangan ini, kita kerap dihidangkan dengan cerita kontroversi berkenaan rumah tangga melibatkan kesetiaan suami isteri.
Sentiasa ada dengan isteri di wad
Namun begitu, menerusi satu hantaran di TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai Lynnzz, dia telah memuat naik video sepasang suami isteri warga emas yang terlihat begitu ‘sweet’ walaupun sudah berusia.
Difahamkan, pakcik di dalam video itu sentiasa menemani isterinya yang kurang sihat di wad hospital dan kerap kali memberikan kata-kata semangat apabila mahu pulang selepas waktu melawat habis.
@_lynnmj_ Pakcik & makcik ni takda anak…tapi setiap masa ada pakcik ada dengan wife die..😌😌setiap kali habis waktu melawat mesti salam & cium wife die.. ‘nanti abang datang lagi sayang’… sweettt sangat🥰🥰 sayang hingga akhir waktu😇😇 #fyp #kasihsampaisyurga ♬ Hingga Tua Bersama - Rizky Febian
Mereka tiada cahaya mata
Menerusi kapsyen yang disertakan Lynnzz, dia memberitahu bahawa pasangan warga emas itu tidak mempunyai anak, namum terlihat bahagia walaupun salah satu daripada mereka sedang diuji.
Pengguna TikTok itu juga menyatakan yang pakcik berkenaan sentiasa datang awal untuk bertemu isterinya walaupun waktu melawat belum lagi dibuka.
Setiap kali hadir, dia terlihat begitu ramah terutamanya dengan staf-staf hospital yang sedang bertugas dan akan melayani isterinya dengan cukup baik.
“Setiap masa pakcik ni ada menemani isterinya. Mereka tiada anak.
“Setiap kali habis waktu melawat mesti pakcik akan salam dan cium isteri dia sambil berkata ‘nanti abang datang lagi sayang’. “Mereka berdua sangat sweet… sayang hingga akhir waktu,” tulisnya.
Mereka memang ‘sweet’ sejak baru kahwin
Menjengah ke ruangan komen, beberapa saudara mara kepada pasangan tersebut telah mengakui bahawa warga emas berkenaan sememangnya sangat akrab sejak mereka baru berumah tangga lagi.
Mereka juga mendoakan agar pasangan yang dipanggil ‘paklang’ dan ‘alang’ itu diberi kesembuhan serta kesihatan yang baik.
Takdir Allah memang terbaik
Rata-rata warganet juga akui bahawa sikap yang ditunjukkan mereka membuktikan tiada zuriat bukan alasan untuk pasangan tidak bahagia.
Mereka yang berada di fasa yang sama juga berharap supaya kehidupan mereka apabila tua nanti seperti pakcik dan makcik tersebut yang saling menjaga apabila sudah lanjut usia.
Sumber: TikTok Lynnzz / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.