SEPASANG suami isteri ditemukan maut selepas terlibat dalam kebakaran sebuah rumah.
Insiden itu melibatkan kediaman yang dihuni 13 sekeluarga.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam Khamis lalu di Mekarjaya, Sukmajaya, Depok di Jawa Barat, Indonesia, suami isteri berusia 27 dan 25 tahun ditemukan meninggal dunia.
Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Depok Iptu Made Budi berkata, 13 mangsa itu terdiri daripada empat keluarga.
Daripada 13 ahli keluarga berkenaan, katanya, hanya sepasang suami isteri yang terkorban.
"Yang maut seramai dua orang. Yang lain iaitu 11 lagi ahli keluarga selamat," kata Made dalam satu kenyataan.
Dilaporkan ketika kejadian, mangsa yang merupakan suami naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan isterinya.
Namun kemudian tangga rumah yang diperbuat daripada kayu roboh akibat kebakaran menyebabkan suami isteri itu terperangkap di tingkat atas.
Dilaporkan, kedua-dua mangsa berpelukan di bahagian tangga di rumah yang hangus terbakar.
Pasangan suami isteri itu baru mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu, - Tribun Medan
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.