Wanita India amal 3 ajaran Islam dalam hidup, ramai terpaku bahasanya secantik senyuman


KEPELBAGAIAN kaum, agama dan budaya yang wujud di negara ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.

Ia dibuktikan lagi dengan video tular, memaparkan seorang wanita India yang turut mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya.

Menurut Pavindra Ragonathan, dia belajar tentang kebaikan berdoa pada hari Jumaat sehingga amalan itu menjadi kebiasaan buatnya.

Video dikongsi wanita ini raih lebih sejuta tontonan.

"Tiga pengajaran (ajaran) dari Islam yang saya amalkan sampai sekarang. Yang pertama adalah berdoa waktu hujan. Lagi-lagi kalau hari tu hari Jumaat.

"Dari dulu sampai sekarang, kalau hujan memang saya akan berdoa. Tak kisah la, kalau hujan je saya berdoa," ujar Pavindra memulakan bicara.

Selain berdoa ketika hujan, Pavindra juga tertarik akan konsep sedekah dalam Islam dan mengamalkannya kerana menganggap ajaran agama lain juga satu ilmu buatnya.

Agama itu adalah ilmu dan ilmu itu luas.

PAVINDRA RAGONATHAN

"Yang kedua senyuman itu sedekah. Kita tak perlu memberi beratus-ratus, beribu-ribu (wang) kepada orang yang memerlukan. Kita bagi apa yang kita mampu saja.

"Kadang-kadang senyuman kita tu boleh membuatkan orang lain bahagia. Ketiga adalah jangan kedekut dengan ibu bapa, dengan adik-beradik. Berkongsi rezeki dengan mereka.

"Sekali-sekala belanja makan. Tak kisahlah, kawan pun boleh, rakan sekerja pun boleh. Sebab apa, dalam rezekiku, ada rezekimu jua. Agama itu adalah ilmu dan ilmu itu luas," ujar Pavindra lagi.

Video yang dikongsi Pavindra meraih 1.4 juta tontonan selepas ia dikongsi menerusi aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai umat Islam di negara ini memuji Pavindra dan berharap kisahnya memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.

"Menitis air mata bila dengar macam ni. Terbaik you.

"Non muslim pun tahu. Ni ada sesetengah orang Muslim tahu tapi tak buat pun.

Amalan bersedekah sememangnya dituntut dalam Islam. -Gambar hiasan

"Betul sangat sis. Terbaik, semua agama itu mengajar perkara yang baik-baik," tulis beberapa netizen.

Selain itu, netizen turut memuji rupa paras Pavindra serta kefasihannya bertutur bahasa Melayu dalam video berkenaan.

"Sangat cantik bahasa awak secantik dan semanis senyuman.

"Patutlah muka dia manis. Rupanya suka sedekah senyuman," tulis pelayar TikTok lagi.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post