Wanita Melayu Nikahi Jejaka Bangladesh, Netizen Kagum Lihat Rumah Besar Suami


Perkahwinan melibatkan 2 negara cukup unik untuk kita lihat meskipun terkadang masyarakat terlalu mudah memberikan stigma buruk. Masing-masing dapat mempelajari adat serta budaya baru menjadikan perkahwinan itu lebih bermakna dan membahagiakan.

Bekerja di kilang sama pada tahun 2018 sebelum menjadi semakin rapat

Baru-baru ini, Puan Nur Nadhirah juga terbuka berkongsikan perjalanan mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka Bangladesh bernama Mohammad Samim Hossain. Perkenalan mereka bermula di sebuah kilang pada 2018 sebagai rakan sekerja sebelum kedua-duanya serius menjalinkan hubungan percintaan.

@nurnadhirah66 Trip to Bangladesh day 3🇧🇩 #mixmarriage #bangladesh #travelbangladesh ♬ original sound - Nur Nadhirah

Aku takdak duit, dia dok tolong…Setengah orang ni dok trigger bila kata kahwin dengan Bangladesh

Menerusi pantauan ke TikTok Puan Nad, dia banyak memuat naik beberapa siri vlog di kampung halaman suami. Persiapan majlis kahwin di sana nyatanya cukup meriah dan Nad disambut dengan cukup baik oleh keluarga suami. Menjawab kecaman netizen, wanita ini mendedahkan suaminya dahulu sangat baik memberikan bantuan di kala susah. Malahan Mohammad Samim sanggup menjaga Puan Nad yang terlantar di pusat rawatan selama seminggu suatu ketika dahulu. Hubungan mereka baik-baik saja, namun entah mengapa orang luar yang terlebih berfikiran bukan-bukan.

@nurnadhirah66 Dah siap edit Day 4 in Bangladesh tapi takmau post lagi sbb nak bagi sejuk sikit hati ni. Tambah2 dok tengok org komen kat fb sbb harian metro p post kat situ. Aku ok ja hidup dgn laki aku dari sebelum kahwin. Aku takdak duit dia dok tlg. Pastu dia mai dok sini sebulan haritu dia jaga aku kat hospital. Tapi setengah org ni triggered bila bab kahwin dgn bangla. Dok tunggu nak tengok aku jatuh tersungkoq. Bukan aku mintak nak viral pon. Aku saja2 post sbb nak compete video aku dgn laki aku sapa lagi byk view sbb dia suka post video kat fb. Tapi bila dah byk view jadi mcm ni plak. Tidoq tak lena sbb geram. Takpa la nanti dah sejuk sikit kita post. #mixmarriage #bangladesh #travelbangladesh ♬ original sound - Nur Nadhirah

Rumah besar cuma belum siap je…Mesti rajin kerja ni

Berbalik kepada kemeriahan di Joypurhat, Bangladesh, Nad sempat menunjukkan kawasan rumah suaminya yang masih dalam proses pembinaan. Melihat saiz kediaman itu, netizen menjadi kagum dan menyifatkan Mohammad Samim adalah seorang lelaki yang rajin bekerja sehingga mampu mempunyai tempat berteduh yang cukup besar.

@nurnadhirah66 Weyyyy aku ingatkan tiktok takleh masuk video sampai 10min, tu yg p buat part 1 tu. First time upload video panjang2 ni. Takpa la kira halal. Trip to bangladesh day 4🇧🇩 #mixmarriage #bangladesh #travelbangladesh ♬ original sound - Nur Nadhirah

KREDIT : TikTok Nur Nadhirah / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post