7 Tahun Sabar Menanti, Lelaki Sampai Terduduk Gagal Tahan Sebak Akhirnya Dikurniakan Anak


Dalam dunia ini, pasangan suami isteri mana yang tidak mahukan zuriat bersama bukan?

Anak itu adalah rezeki yang tidak ternilai harganya dikurniakan oleh Allah SWT. Bukan semua pasangan mendapat rezeki anak sebaik saja berkahwin. Ada yang menunggu sehingga berbelas, malah berpuluh tahun untuk menimang cahaya mata.

Seperti sepasang suami isteri ini apabila mereka dikurniakan anak selepas tujuh tahun menanti telah membuatkan ramai sebak.

@s.aslamiyah_18 Penantiann selama 7 Tahunn 💞 Ini semua bukan kebetulan tapi karna tuhan punya rencana 🥺🤍 semngt pejuang garis dua..💐#fypシ゚viral #bidancantik #sad #baby #buahhati ♬ Buah Hati - Armada

Gagal tahan air mata bila doktor bawa keluar anak dari wad, si ayah sampai terduduk dan buat sujud syukur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @s.aslamiyah_18, kelihatan lelaki itu sedang menunggu doktor membawa keluar bayinya yang baru saja dilahirkan oleh isteri tercinta.

Difahamkan, pasangan itu sudah menunggu cahaya mata selama tujuh tahun. Sebaik saja, melihat wajah anaknya, lelaki itu tidak dapat menahan sebak dan terus membuat sujud syukur sambil menangis.

Dia juga dilihat sempat mencium wajah anaknya itu sambil ditenangkan oleh doktor yang sedang bertugas.


"Saya sudah 17 tahun menanti, teringin merasai saat-saat indah ni. Doakan saya dan suami" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sebanyak 782.1K tontonan, 28.4K tanda suka serta 1.2K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut berasa sebak melihat reaksi lelaki itu. Malah, ramai juga berkongsi situasi mereka yang sudah menunggu zuriat sendiri berbelas dan berpuluh tahun. 



Semoga semua pejuang dua garis dikurniakan zuriat pada waktu yang tepat. Teruskan berusaha dan berdoa ya. Semangat! <3

Sumber : says

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post