Abdur Rahman sebak, terima naskah al-Quran hadiah arwah ibu buat arwah adik perempuan

 

Berita mengenai nahas kemalangan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan yang mengakibatkan seorang remaja berusia 19 tahun, Abdur Rahman Amir Ruddin kehilangan enam insan tersayang pada Jumaat lalu.

Nasib menimpa anak sulung kepada pasangan Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, yang terkorban bersama empat lagi adiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5 mendapat perhatian pelbagai pihak.

Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin, 15, yang cedera parah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat.

Sebak, serah al-Quran hadiah pemberian arwah ibu buat arwah adik perempuan

Terbaharu, perkongsian oleh Hanif Jamaluddin di platform Facebook mengenai remaja tersebut mendapat perhatian ramai dan masing-masing tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan Abdur Rahman.

Menerusi hantaran itu, Abdur Rahman sebak ketika senaskah al-Quran hadiah pemberian arwah ibunya buat arwah adik perempuannya, Fatimatulzahrah bersempena ulang tahun ke-16 diserahkan kepadanya.

“Di atas al-Quran ini tertulis pesanan arwah ibu; Selamat hari lahir anakku yang dimuliakan. Tahniah Kakak! 16 tahun sudah kakak bernafas dalam dunia ini.

“Ibu mengharapkan kamu diberikan kejayaan dalam kehidupan dan urusan dunia kamu. Ilmu itu Cahaya. Tanpa cahaya pasti gelap dunia. Timbalah ilmu walau dimana berada.

“Susah senang itu adat dunia. Berikhtiar dan berdoa itu “senjata kita. Jadilah anak yang solehah. InsyaAllah,”pesan arwah ibu.

Melihat ketabahan dan ujian yang terpaksa dihadapi oleh remaja itu, mereka menyifatkan Abdur Rahman seorang insan yang hebat dan yakin segala perancangan mempunyai hikmah.

“Kamu insan hebat Abdur Rahman. Kamu diuji sedemikian rupa kerana Allah tahu kamu mampu. InsyaAllah pasti ada hikmah terbaik yang Allah telah susun buat dirimu dan adikmu.

“Seluruh manusia mendoakan kesejahteraan buat keluargamu yang telah pergi, tempat mereka di syurga InsyAllah,”doanya.

@mekjaa82 Ya Allah sedih sangat lihat kerinduan yang ada pada diri adik rahman,bukan dia tak boleh nak terima permergian ahli keluarganya tapi kerinduan tu wujud bila tidak ada didepan mata lagi wajah2 kesayangan abdul rahman😭😭😭 #kemalangansegamat #6ahlikeluargameninggal #rinduadikrahman #subhanallah #Allahuakhbar #semogajiwaadikrahmankembalipulih #alfatihah ♬ bunyi asal - mekjaa82

Sumber: FB Hanif Jamaluddin, TikTok @mekjaa82 / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post