Anak Demam Tapi Ibu Mentua Bising Suruh Buat Kerja Rumah, Menantu Berani Lawan

 

Isu-isu membabitkan menantu perempuan dan ibu mentua memang seakan tiada kesudahan. Walaupun sudah berusaha menjadi isteri terbaik di samping suami, entah mengapa ada saja benda tidak kena yang mahu diomelkan oleh si ibu mentua. Apatah lagi yang duduk sebumbung, dugaannya pasti lebih luar biasa.

Pemalas betul menantu…Buat apa pun tak guna…Laki kau nak makan, nasi tak masak

Seperti kisah yang tular ini, seorang wanita berkongsikan situasi dia terpaksa menjaga anaknya sedang tidak sihat. Walau bagaimanapun ketika berada di dalam bilik, ibu mentuanya terus memaksanya untuk lakukan kerja rumah termasuklah menyiapkan makanan untuk suami. Lantaran geram, dia bangkit melawan semula kata-kata tersebut dengan cukup lantang.

@maknyeviral aku sabar je selama ni ni dah melampau sangat kan ha baru tau #makmertuatakguna#makmertua#flksyaguys🥰biarrame🥰#fy#ditaj#fyppppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal - LWx online shop

Aku bukan sengaja nak bergolek dekat bilik…Kau tak pernah rasa ada mak mentua gila

Cukup tertekan dengan kehidupan sebegitu, tambah pula apabila ibu mentuanya sentiasa merasa tidak kena dengan segala hal. Sedar bahawa seorang menantu perempuan haruslah ‘tolong-tolong’ jika tinggal bersama mentua, namun wanita itu tegaskan dia bukan sengaja hendak bermalas-malasan pada hari tersebut. Hakikatnya, anaknya yang demam merengek seharian dan sukar untuk ditinggalkan.

@maknyeviral Membalas kepada @little pinky co ♬ bunyi asal - LWx online shop
@maknyeviral Membalas kepada @🧚🧚NHARAH🧚🧚 ingat aku batak viral ke ? #fyp #fyppppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal - LWx online shop

Dia (suami) satu-satunya anak lelaki…Kena jaga mak katanya

Di samping itu, pemilik video ini mendedahkan pertelingkahan itu dirakam secara tak sengaja oleh kakak iparnya yang kebetulan berada dalam bilik sama. Bukanlah tidak mahu tinggal bernamun si suami yang merupakan anak lelaki tunggal katanya perlu mengambil tanggungjawab menjaga ibunya.

KREDIT : TikTok Maknyeviral / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post